Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: AS, China harus kerjasama; konflik jejas keamanan Asean

Asean akan ‘perkukuh hubungan dengan semua kuasa besar’ dalam hadapi situasi geostrategik
Sep 06, 2023 | 07:51 PM



Persaingan antara Amerika Syarikat dan China membuat Asean prihatin kerana kestabilan serta kemakmuran negara anggota kumpulan itu mudah terjejas oleh ketegangan antara dua kuasa besar itu.

Justeru, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa dua negara itu meneruskan dialog dan memperkukuh kepercayaan dan kerjasama antara satu sama lain.

Kepimpinan kedua-dua kuasa besar itu juga perlu dipaparkan dalam menangani isu global, kata beliau di Sidang Puncak Asean-China ke-26 antara pemimpin Asean dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, pada Rabu di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC).

Ia sebahagian daripada Sidang Puncak Asean ke-43 yang sedang berlangsung di Jakarta hingga 7 September. Pemimpin Asean berada di ibu kota Indonesia itu bagi sidang puncak tersebut serta sidang puncak bersama rakan kongsi luar.

“Asean mempunyai keprihatinan langsung memandangkan ketegangan ini boleh mencetus masalah di rantau ini dan menjejas keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang telah kita nikmati selama berdekad.

“Amat penting dua negara ini terus berdialog, bina kepercayaan strategik dan berusaha ke arah kerjasama lebih baik. AS dan China perlu menonjolkan kepimpinan mereka untuk menangani isu-isu global yang menjejas kita semua,” kata Encik Lee semasa sidang puncak bersama China.

Isu itu turut diketengahkan Encik Lee di sidang puncak Asean bersama Amerika, mana beliau menyifatkan ketegangan tersebut sebagai satu keprihatinan jangka panjang Asean dan menekankan “sebarang pertimbangan salah boleh mencetus konflik serius di rantau ini”.

“Peranan berterusan Amerika dalam rantau ini merupakan asas penting keamanan, stabiliti dan kemakmuran Asia Tenggara. Peranan ini bertambah kritikal dalam fasa geopolitik yang bergolak,” katanya dalam pertemuan dengan Naib Presiden Amerika, Cik Kamala Harris, pada Rabu.

Semasa sidang puncak itu, Cik Harris mengumumkan penubuhan Pusat Asean-AS yang bertujuan mempertingkat kerjasama Amerika dengan Asean.

Mengalu-alukan perkembangan itu, Encik Lee menggesa Amerika mengadakan lebih banyak perbincangan peringkat tinggi untuk membincangkan isu mendesak secara terbuka serta berkongsi kepakaran mereka bagi membantu perkembangan digital Asean.

Dalam sidang puncak bersama China, Encik Lee berkata Asean dan China menjalin hubungan yang rapat dalam tempoh tiga dekad.

China ialah Rakan Strategik Komprehensif (CSP) Asean sejak 2021 dan kerjasama itu dijangka terus diperkukuh dalam fasa seterusnya “berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat di semua peringkat”, ujar Encik Lee.

Encik Lee menyarankan beberapa bidang kerjasama yang boleh diperkukuh, termasuk mempertingkat hubungan China dan Asean melalui Persetujuan Pengangkutan Udara Asean-China yang lebih terbuka.

Berhubung kerjasama ekonomi digital, Encik Lee menekankan pentingnya memastikan transaksi rentas sempadan dapat dilakukan secara lancar dan mampan bagi membantu Asean membentuk Masyarakat Digital melalui Persetujuan Rangka Kerja Ekonomi Digital.

Kerjasama yang diperkukuh dalam pelbagai bidang dapat membantu Asean dan China membina kepercayaan dan keyakinan untuk menangani isu mencabar seperti soal tuntutan bertindih bagi kedaulatan dan pemilikan kawasan Laut China Selatan.

“Asean dan China telah terus bekerjasama antara satu sama lain untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan itu.

“Kita perlu mempergiat usaha mencapai Kod Tatalaku (COC) yang selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang dipersetujui semua, termasuk UNCLOS 1982 dan juga melindungi hak kepentingan semua pihak,” kata Encik Lee.

Isu Laut China Selatan turut diberi sorotan oleh Encik Lee dalam sidang puncak bersama Amerika, di mana beliau menekankan respons Asean dalam menghadapi situasi geostrategik ialah untuk “memperkukuh hubungannya dengan semua kuasa besar”.

Encik Lee menambah bahawa sebagai rakan kongsi jangka panjang, Asean dan Amerika telah membina kepercayaan dan keyakinan untuk menangani isu mencabar bersama, termasuk masalah berhubung Myanmar.

“Kami sedar akan keprihatinan AS mengenai situasi di sana. Namun, kami akan terus berusaha dengan AS dan rakan kongsi lain untuk menggesa Myanmar supaya menguatkuasakan Persetujuan Lima Perkara sepenuhnya dan memperbaiki situasi dalam negara mereka, untuk warga mereka,” kata Encik Lee.

Beliau juga menghadiri beberapa sidang puncak lain pada hari kedua Sidang Puncak Asean itu, termasuk bersama China, Korea Selatan dan Jepun.

Selain itu, beliau bertemu Perdana Menteri Timor-Leste, Encik Xanana Gusmao, dan menyampaikan ucapan tahniah ke atas pelantikannya pada Julai dan bersetuju meneroka bidang kerjasama baru.

Laporan lanjut – Muka 6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >