Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMANAT HARI KEBANGSAAN

PM Lee: Ekonomi SG dijangka tumbuh 2.5 peratus

S'pura perlu bersiap hadapi cabaran masa depan dengan mempertingkat pendidikan prasekolah, kekang kencing manis, jadi Negara Bijak
Aug 09, 2017 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura dijangka tumbuh sekitar 2.5 peratus tahun ini, kadar yang lebih tinggi berbanding tahun lalu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Namun, berlatar pertumbuhan ekonomi yang digugat dasar perlindungan dan anjakan teknologi, serta ancaman pengganasan, Singapura perlu terus membuat persiapan bagi masa depan sementara menangani isu semasa di dalam dan luar negeri ini, kata PM Lee dalam amanat Hari Kebangsaan 2017 yang disampaikannya di Taman Persisiran Timur di Marina semalam.



Menurut PM Lee, perkembangan di kawasan tambak yang kini menempatkan pusat kewangan baru, Bendungan Marina dan Taman di Persisiran menunjukkan "peri pentingnya berpandangan jauh", sesuatu yang dimiliki para pemimpin generasi perintis.



Beralih kepada persiapan Singapura menghadapi cabaran bagi masa depan, PM Lee menumpukan perhatian kepada tiga perkara - mempertingkat pendidikan prasekolah, mengekang kencing manis dan menjadi Negara Bijak.



"Ini akan membantu kita memulakan kehidupan dengan baik, kekal sihat dan bekerja dengan bijak," kata PM Lee.



Bercakap tentang usaha memperkukuh prasarana pendidikan prasekolah, PM Lee berkata bahawa pemerintah akan menambah bilangan tempat, mempertingkat mutu pendidikan dan menaik taraf kelayakan guru prasekolah.



"Kami melabur bagi memperkukuh prasekolah, kerana pendidikan awal membangunkan asas penting bukan sahaja dari segi akademik, malah sepanjang hayat," ujar PM Lee.



"Jumlah prasekolah yang lebih besar dan lebih bermutu akan meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa akan berasa tenang ketika bekerja kerana mereka yakin anak kecil mereka diasuh dengan baik. Kami ingin membantu dan menggalakkan mereka agar hidup berkeluarga," tambahnya.



Menyentuh mengenai usaha mengekang kencing manis, PM Lee berkata ia melebihi usaha "memperbanyakan kemudahan hospital dan rawatan yang lebih baik".



"Yang lebih genting adalah pilihan dan gaya hidup setiap individu untuk mencegah kencing manis," kata PM Lee.



"Kita mesti bertanggungjawab atas kesihatan diri kita sendiri."



Menurut PM Lee, kencing manis adalah antara penyebab utama yang menjejas kesihatan warga senja, dengan satu pertiga daripada warga berusia 60 tahun menghidap penyakit itu.



Keadaan ini bertambah genting berlatar jangka hayat rakyat Singapura yang kian meningkat.



Ujar PM Lee, warga tua di Singapura secara purata sakit sepanjang lapan tahun terakhir hayat mereka, jangka masa panjang yang boleh membebankan keluarga.



Beralih kepada usaha membentuk Negara Bijak di Singapura, PM Lee berkata bahawa walau Singapura dibentuk masyarakat yang sangat terhubung dan celik digital, "banyak yang masih perlu kita usahakan".



Beliau menggesa Singapura terus belajar daripada negara lain untuk "melangkah lebih jauh" dan dalam usaha menggunakan teknologi maklumat (IT) untuk "memperbaiki kehidupan kita, dan menjadikan negara kita tempat yang seronok dan menarik".



Menurut PM Lee, beliau akan menyentuh tiga perkara ini di Rapat Hari Kebangsaan pada 20 Ogos nanti.



Singapura menyambut ulang tahun ke-52 hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >