Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ekonomi S'pura tumbuh 3.3% tahun lalu

*Ekon S'pura dijangka berkembang antara 1.5 peratus dengan 3.5 peratus tahun ini *Rakyat mesti bersatu padu perkuat dan perbaharui ikatan sosial selain hadapi prospek ekon dunia tidak menentu
Jan 01, 2019 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 3.3 peratus tahun lalu - lebih baik daripada yang dijangka dan serupa dengan pertumbuhan 2017 iaitu 3.5 peratus - kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Menggesa warga Singapura bekerjasama dengan penjawat politik lebih muda untuk membentuk 'pasukan terbaik bagi Singapura', Encik Lee, dalam amanat tradisi sempena Tahun Baru, berkata Singapura tidak mampu berpecah-belah dan harus bersatu menghadapi prospek ekonomi dunia yang tidak menentu.



"Model tadbir urus kita agak luar biasa dan telah memanfaatkan kita. Ia telah membolehkan Singapura memanfaatkan sepenuhnya apa yang kita ada dan menonjol dalam dunia yang penuh persaingan sengit.



"Politik Singapura tidak mampu dipecah belahkan oleh para pesaingnya, pihak-pihak yang cuba beradu dan puak-puak yang sering dilihat di tempat lain," kata Encik Lee.



"Sebaliknya, rakyat Singapura mesti bersatu padu dan bahu-membahu dengan tegas untuk memperkuat dan memperbaharui kompak sosial kita," tambah beliau.



Ekonomi Singapura dijangka berkembang antara 1.5 dengan 3.5 peratus tahun ini, kata Encik Lee, merujuk kepada ramalan yang diterbitkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) baru-baru ini, walau beliau akur ada ketidaktentuan utama dalam ekonomi dunia.



Menyentuh tentang peralihan kepimpinan, Encik Lee berkata Singapura telah membuat 'pelaburan penting' bagi masa depan.



November lalu, menteri generasi keempat (4G) dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) memilih Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat sebagai ketua mereka.



Encik Heng pula memilih Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing sebagai timbalannya.



Perkembangan ini adalah baik, kata Encik Lee, kerana ia memberi keyakinan bahawa Singapura 'berada dalam keadaan baik pada jangka panjang, melepasi kehidupan kerjaya saya dan rakan-rakan saya yang lebih lama'.



Dalam pada itu Encik Lee berkata Singapura terus memperbaiki jagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan pengangkutan awam.



Berkenaan jagaan kesihatan, Encik Lee berkata pemerintah berusaha memastikan jagaan kesihatan bermutu kekal dimampui dan boleh dimanfaatkan semua warga.



Ini termasuk membina lebih banyak poliklinik dan hospital di serata pulau, seperti Hospital Besar dan Masyarakat Sengkang, yang dibuka Ogos lalu.



Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) dan CareShield Life juga akan diperkukuh bagi membantu orang yang kurang upaya dan pesakit kronik. Warga yang dilahirkan dalam tahun 1950an juga akan menerima pakej Generasi Merdeka, untuk menampung sebahagian kos perubatan, kata Encik Lee.



Mengenai pendidikan, Encik Lee berkata pemerintah akan terus pertingkat sistem pendidikan.



Ini termasuk mengurangkan tumpuan pada peperiksaan dan gred akademik untuk menambah penekanan kepada pembangunan menyeluruh atau holistik.



Sokongan bagi sektor prasekolah juga akan diperkukuh, dengan membangun prasarana, pertingkat keupayaan guru dan menambah sokongan kewangan bagi ibu bapa.



Menyentuh tentang perumahan dan pengangkutan, Encik Lee berkata pemerintah telah berusaha gigih untuk menambah keupayaan dan prasarana dalam kededua sektor.



Program Peningkatan Rumah (HIP) I & II dan Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) - bagi mempertingkat flat HDB dan estet perumahan - memastikan ia kekal sebagai tempat tinggal yang baik dan tetap bernilai sebagai simpanan persaraan.



Khidmat bas dan kereta api pula lebih andal dan kurang sesak, kata Encik Lee. Tambah beliau, kerja binaan di Pelabuhan Mega Tuas dan Terminal 5 di Lapangan Terbang Changi sedang berjalan seperti dijangka, dengan pusat beli belah Jewel dijadual dibuka tahun ini.



Di peringkat antarabangsa, Encik Lee berkata Singapura telah memainkan peranannya, termasuk dengan mengadakan sidang puncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump dengan Pengerusi Korea Utara, Encik Kim Jong Un.



Sebagai pengerusi Asean, Singapura juga melancar beberapa inisiatif bagi memperkukuh kestabilan dan perpaduan antara negara di rantau ini.



Bercakap tentang hubungan tegang antara Amerika dengan China, Encik Lee berkata ia akan menyebabkan masalah bagi negara lain di dunia yang ingin mengadakan hubungan baik dengan kededua ekonomi utama dunia itu.



Menyentuh tentang hubungan Singapura dengan Malaysia, Encik Lee melahirkan harapan agar kededua negara boleh mengekalkan hubungan yang membina dan berharap pemimpin baru dari kededua negara boleh memupuk hubungan kerja yang baik antara satu sama lain.



Laporan lanjut: PM Lee: Bersatu padu atasi cabaran, bina pencapaian




"Model tadbir urus kita agak luar biasa dan telah memanfaatkan kita. Ia telah membolehkan Singapura memanfaatkan sepenuhnya apa yang kita ada dan menonjol dalam dunia yang penuh persaingan sengit. Politik Singapura tidak mampu dipecah belahkan oleh para pesaingnya, pihak-pihak yang cuba beradu dan puak-puak yang sering dilihat di tempat lain. Sebaliknya, rakyat Singapura mesti bersatu padu dan bahu-membahu dengan tegas untuk memperkuat dan memperbaharui kompak sosial kita."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >