Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gariskan tiga faktor untuk jayakan visi Negara Bijak

S'pura perlu jurutera kemahiran tinggi; pemimpin yang faham teknologi; dan warga yang menerima sains dan teknologi
Jun 27, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu mempunyai tiga asas penting untuk menjayakan visi Negara Bijak - keupayaan kejuruteraan yang kukuh, lebih ramai ketua dan pemimpin yang memahami teknologi, dan masyarakat yang menerima sains dan teknologi.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggariskan tiga asas tersebut semasa berucap di dialog penutup Minggu Sidang Puncak Negara Bijak semalam.



Mengulas tentang keupayaan kejuruteraan, Encik Lee berkata negara ini bukan hanya memerlukan kumpulan bakat kejuruteraan yang luas dan kukuh, bahkan juga yang berkemahiran tinggi.



Menurutnya Singapura perlu menarik dan merekrut jurutera untuk membina kumpulan berkaliber seperti syarikat teknologi terbaik di Silicon Valley dan tempat lain.



Namun, beliau menambah bahawa terdapat kemajuan dalam aspek itu kerana syarikat seperti Google dan Facebook kini mula mengadakan operasi kejuruteraan di sini.



"Sektor awam perlu mempunyai keupayaan baik seperti sektor swasta, jika tidak lebih baik.



"Universiti kita kini menghasilkan lebih ramai lulusan IT (teknologi maklumat) dan mutunya semakin meningkat.



"Kita juga perlu menarik bakat ke sini, dan membawa warga Singapura yang bekerja di luar negara pulang ke tanah air," kata beliau.



Encik Lee berkata langkah mempertingkat keupayaan kejuruteraan itu tepat pada masanya kerana suasana teknologi Asean sedang berkembang maju.



Rantau ini mempunyai banyak 'unicorn', iaitu firma bernilai lebih AS$1 bilion ($1.35 bilion), dan firma pemula (start up) teknologi dengan ekonomi digitalnya dijangka tumbuh kepada $240 bilion menjelang 2025.



Encik Lee turut menekankan perlunya mempunyai lebih ramai ketua dan pengurus yang memahami teknologi dalam sektor pemerintah dan swasta.



Ini termasuk mempunyai lebih ramai jurutera dalam kedudukan kepimpinan tertinggi yang memahami isu teknologi dan boleh membuat keputusan sendiri mengenai pembangunan dan pemerolehan teknologi.



Jurutera itu juga, antara lain, perlu tahu apabila mereka perlu mengganggu operasi yang mantap dengan teknologi baru, dan boleh mendapatkan bakat berkebolehan untuk bekerja dengan mereka serta membimbing dan memperkasa mereka untuk membuat kelainan, ujar Encik Lee.



Beliau berkata masyarakat juga perlu menerima sains dan teknologi, dan tidak harus rasa takut pada dua perkara itu.



"Etos Singapura mesti rasional dan telus, yang dapat memeriksa dan menyelesaikan sebarang masalah secara rasional.



"Orang ramai perlu memahami risiko teknologi, sama ada ia tentang keselamatan siber, privasi, atau kepalsuan dalam talian.



"Namun, kita tidak harus bersikap anti-teknologi atau anti-sains kerana ia akan menghalang kemajuan dan 'menamatkan kita'" kata beliau.



Encik Lee berkata visi Negara Bijak itu merupakan satu strategi penting jika Singapura mahu kekal sebagai sebuah metropolis cemerlang, yang mengikuti pusat kreativiti manusia dan perusahaan lain di Amerika Syarikat, Asia atau Eropah.



"Akan terdapat halangan sepanjang jalan, dan kita perlu berani menghadapi risiko sementara bereksperimen dengan berani dan melakukan sesuatu yang inovatif.



"Kami akan menyediakan sumber awam yang besar tetapi pemerintah tidak boleh melakukan ini sendiri.



"Kami mengalu-alukan sektor swasta untuk menyertai kami untuk menjadikan ini satu kenyataan," kata beliau.



LAPORAN LANJUT: Pejabat pemerintah baru dibentuk bantu syarikat dalam proses digital




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >