Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadiri Sidang Puncak Asean di Kemboja

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menghadiri Sidang Puncak Asean ke-40 dan ke-41 serta beberapa sidang puncak yang berkaitan mulai semalam hingga Ahad ini.



Beliau akan mengetuai delegasi Singapura ke Sidang Puncak Asean itu, yang akan berlangsung di ibu kota Kemboja, Phnom Penh.



Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam berkata mesyuarat-mesyuarat itu akan menyaksikan para pemimpin Asean membincangkan bagaimana kumpulan serantau itu boleh terus menerapkan semangat usaha bersama dalam menggalakkan keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini sedang mereka pulih daripada pandemik Covid-19.



Ini kali pertama Asean mengadakan sidang puncak itu secara bersemuka sejak pandemik Covid-19.



Sidang puncak pada 2020, yang dipengerusikan Vietnam, dan pada tahun lalu yang dipengerusikan Brunei, diadakan secara dalam talian.



Menurut PMO, pertemuan tahun ini akan menyaksikan pemimpin membincangkan bagaimana pertubuhan serantau itu boleh terus menjunjung semangat kolektif dalam menggalakkan keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini sedang mereka berusaha untuk pulih daripada Covid-19.



Menurut kenyataan PMO itu lagi, memandangkan Asean menyambut ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini, para pemimpinnya juga akan menyemak pencapaiannya dan melakar hala tujunya dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau dan memperteguh pendirian Asean dalam mengharungi cabaran serantau dan global secara lebih berkesan.



Konsep memperteguh pendirian Asean ini merujuk kepada usaha meletakkan pertubuhan itu pada kedudukan penting dalam pembentukan keputusan penting yang menjejas Asia Tenggara, bukan membiarkan nasib rantau ini ditentukan pihak luar.



PMO menambah, pemimpin Asean juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk keadaan yang semakin buruk di Myanmar.



Kemajuan itu didapati terhad dalam pelan damai "konsensus lima perkara" Asean untuk menamatkan pergolakan di Myanmar, yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera pada Februari tahun lalu dan telah membunuh beribu-ribu orang awam.



Ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, dan Menteri Ehwal Luar, Encik Wunna Maung Lwin, tidak dibenarkan hadir di Sidang Puncak Asean pada peringkat yang tinggi.



Hanya "wakil bukan politik" dijemput untuk mesyuarat-mesyuarat itu.



Para pemimpin Asean akan turut bertemu rakan sejawatan mereka dari Australia, Canada, China, India, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat minggu ini.



Mereka dijadualkan menghadiri dua mesyuarat kumpulan besar iaitu:



u Sidang Puncak Asean Campur Tiga dengan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan; dan



u Sidang Kemuncak Asia Timur ke-17 yang merangkumi negara Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Russia dan Amerika.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden; Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang; dan Menteri Luar Russia, Encik Sergey Lavrov, adalah antara pemimpin yang dijangka berada di Phnom Penh.



Majlis penutup Sidang Puncak Asean ke-40 dan ke-41 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan ditetapkan Ahad ini, bersama penyerahan jawatan Pengerusi Asean kepada Indonesia bagi 2023.



PMO berkata Encik Lee akan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta para pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memangku jawatan perdana menteri semasa ketiadaan Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >