Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hargai pasukan polis kerana jadikan S'pura antara tempat paling selamat dunia

Aug 03, 2021 | 11:30 PM



KEADAAN di Singapura sangat berbeza kini kerana Pasukan Polis Singapura (SPF) telah memainkan peranan utama dalam memastikan negara ini dapat menjadi salah sebuah tempat paling selamat di dunia.



Membuat pengamatan demikian di Facebook, Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa besar hatinya dapat menghargai sumbangan SPF apabila Parlimen meluluskan usulan meraikan 200 tahun SPF.



Seramai 69 anggota SPF pada masa lalu dan kini menghadiri acara tersebut dengan Encik Lee berpeluang berbual dengan 30 pegawai pesara yang diasingkan kerana langkah keselamatan Covid-19.



"Sesetengah daripada mereka beroperasi dalam landskap undang-undang dan peraturan yang sangat berbeza, di mana dadah, geng kongsi gelap dan senapang merupakan masalah berleluasa yang perlu ditangani segera.



"Mujurlah, keadaan di Singapura kini sangat berbeza. SPF memainkan peranan utama dalam merealisasikan situasi ini. Ia meraikan ulang tahun ke-200nya sebagai agensi kelas dunia yang berupaya menangani ancaman kompleks di luar setakat jenayah tradisional.



"Kepercayaan antara polis dan orang awam tinggi. Di sebalik kritikan yang sering datang dengan bertambahnya penggunaan media sosial, pegawai kita tidak dihambat dan secara konsisten menjalankan amanah mereka tanpa rasa gentar atau perlu menyebelahi mana-mana pihak.



"Kepada semua pegawai polis pada masa lalu dan sekarang, terima kasih dari hati kami yang paling dalam kerana menjalankan amanah anda tanpa mementingkan diri sendiri. Anda adalah sebab mengapa kita semua menikmati keamanan dan keselamatan, dan kita tidak akan mengambil mudah perkara ini," jelas Encik Lee.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >