Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kecewa serangan berbaur perkauman seorang lelaki terhadap wanita India di Choa Chu Kang

May 10, 2021 | 11:21 PM



 



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong melahirkan kekecewaan ke atas serangan berbaur perkauman yang terjadi di sini baru-baru ini, sambil menambah beliau rasa "amat prihatin".



Dalam pos di Facebooknya pada Isnin (10 Mei), Encik Lee berkongsi pos Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, yang telah berkongsi laporan The Straits Times (ST) tentang siasatan polis yang sedang dijalankan ke atas serangan tersebut.



ST melaporkan bahawa seorang lelaki dituduh menendang seorang wanita berusia 55 tahun di dadanya dan menengking kata-kata berbaur perkauman ke arahnya kerana wanita itu tidak memakai pelitup semasa melakukan senaman jalan pantas.



Wanita itu, Cik Hindocha Nita Vishnubhai, yang merupakan warga Singapura berbangsa India sedang berjalan pantas dari stesen MRT Choa Chu Kang ke arah stadium pada sekitar 8.30 pagi pada 7 Mei lalu apabila serangan itu dikatakan berlaku.



Encik Lee berkata beliau faham sesetengah orang mungkin sedang rasa tertekan kerana Covid-19 dan risau akan pekerjaan dan keluarga mereka, namun, ini bukan alasan memiliki sifat perkauman.



"Ia tidak membenarkan sikap dan tindakan perkauman, apalagi penderaan fizikal terhadap seseorang hanya semata-mata beliau berasal daripada satu kaum, dalam hal ini kaum India.



"Mangsa merupakan warga Singapura, tetapi seandainya beliau bukan warga Singapura pun, serangan itu salah dan memalukan.



"Ini bertentangan dengan semua perkara yang diperjuangkan oleh masyarakat pelbagai kaum kita, dan sikap saling menghormati serta keharmonian kaum yang kita hargai," tulis Encik Lee.



Beliau menambah bahawa kejadian seperti itu turut merosakkan reputasi Singapura di peringkat antarabangsa.



"Tiada tempat untuk kelakuan seperti itu sama sekali di sini. Kita mesti berdiri teguh bersama menentang sifat perkauman," tegas Encik Lee.



Siasatan polis masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >