Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Koridor Rel mungkin boleh dijadikan trek basikal

Jun 17, 2015 | 04:51 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menimbulkan kemungkinan untuk menjadikan Koridor Rel sebagai laluan berbasikal sepenuhnya selepas beliau menjalani kegiatan tersebut di Jepun.


Dalam kiriman Facebooknya pagi tadi, Encik Lee mengongsi pengalamannya berbasikal di landasan kereta api yang tidak lagi digunakan di Kushiro, Jepun.


Beliau mengakhiri posnya dengan berkata: "Satu kemungkinan bagi Koridor Rel kita."


Koridor Rel sepanjang 24 kilometer itu menghubungkan Woodlands hingga Tanjong Pagar.


Ia sebelum ini digunakan sebagai landasan kereta api Malaysia KTM, sebelum ia dikembalikan kepada Singapura pada 2011.


Mac lalu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) melancarkan permintaan bagi usul untuk membangunkan tanah tersebut menjadi kawasan hijau sepenuhnya.


Salah satu tujuan perancangan dan rekaan bagi koridor tersebut ialah ia seharusnya dijadikan kawasan yang boleh digunakan oleh pejalan kaki dan penunggang basikal untuk berjalan-jalan, berlari-lari anak dan berbasikal.


Lima pasukan yang terdiri daripada para arkitek setempat dan antarabangsa telah dipilih untuk menghasilkan rekaan pelan induk bagi koridor tersebut.


Rekaan-rekaan tersebut akan dipamerkan dalam satu pameran awam pada Oktober dan November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >