Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lancar Pesta PassionArts

pm
Jul 08, 2019 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menjangkakan lebih 500 kegiatan dan program seni di serata negara. Ini menyusuli pelancaran Pesta PassionArts di Ficus Green, Taman Bishan-Ang Mo Kio, semalam, yang juga Festival Village pertama pesta tersebut.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong (duduk, dua dari kanan), yang hadir selaku tamu terhormat, mengunjungi pameran seni anjuran GRC Ang Mo Kio dan Kelab Seni dan Budaya Masyarakat SMC Sengkang West.



Di samping itu, Encik Lee menyertai lebih 100 penduduk dalam sesi bermain kompang ramai-ramai pimpinan kumpulan genderang setempat Nadi Singapura.



Beliau ditemani Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min (duduk, tiga dari kanan), dan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Encik Darryl David (duduk, empat dari kanan).



Pesta PassionArts tahun ini, yang bertemakan cogan kata Our Home, Our HeArts, akan berlangsung hingga 25 Ogos ini.



Sebagai memperingati sambutan Bicentennial Singapura, pesta itu juga menggalak penduduk mengongsi harapan menerusi seni. Pesta tersebut juga bertujuan menyatukan warga daripada pelbagai latar belakang.



Acara antara lain akan menampilkan pelbagai program, termasuk 7 Ruang Seni Unik bagi warga tua dan muda berserta keluarga nikmati bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >