Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Afrika Selatan, Kenya

May 14, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi ke dua negara Afrika dari Ahad hingga Jumaat.



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Sabtu, Encik Lee akan melawat Cape Town, Afrika Selatan, dari Ahad hingga Selasa dan Nairobi, Kenya, dari Rabu hingga Jumaat.



Ini merupakan kali pertama Encik Lee mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan dan Kenya.



Di Cape Town, beliau akan bertemu dengan Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa, yang akan menganjurkan jamuan tengah hari buatnya.



Kedua-dua pemimpin itu juga akan menyertai perbincangan meja bundar bersama delegasi perniagaan dari Singapura dan Afrika Selatan.



Encik Lee juga akan menghadiri jamuan malam yang dianjurkan Timbalan Presiden, Encik Paul Mashatile, serta sebuah majlis dengan warga Singapura di luar negara.



Di Nairobi pula, Encik Lee akan bertemu dengan Presiden Kenya, Encik William Samoei Ruto, yang juga akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari buatnya.



Encik Lee akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan; serta Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair dan Cik Mariam Jaafar.



Mereka juga akan disertai pegawai daripada PMO, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Enterprise Singapore.



Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan memainkan peranan selaku Pemangku Perdana Menteri dari Ahad hingga Rabu manakala Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memainkan peranan Pemangku Perdana Menteri dari Khamis hingga Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >