Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee lawat Jepun, turut hadiri Sidang Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia

May 24, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun, mulai hari ini hingga 27 Mei sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia yang ke-27 yang dianjurkan Nikkei Inc.



Semasa kunjungan itu, PM Lee akan bertemu Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, serta pemimpin politik dan perniagaan lain di Jepun.



Beliau juga akan menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia pada 26 Mei.



Encik Lee diiringi isterinya; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Dr Janil Puthucheary; serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.



Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.



Persidangan Nikkei mengenai Masa Depan Asia yang ke-27 bakal dihadiri para pemimpin politik dan ekonomi dari rantau Asia-Pasifik.



Mereka akan membincangkan isu-isu serantau serta peranan Asia di pentas dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >