Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: PAP di titik perubahan lagi, perlu bersama warga majukan SG

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) kini berada di satu lagi titik perubahan, sedang mereka melalui peralihan pucuk pimpinan dan menghadapi pengundi generasi baru, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Membuat perbandingan antara keadaan sekarang dengan 1985 ketika parti itu menjalani peralihan pucuk pimpinan untuk memberi laluan kepada pemimpin generasi kedua, Encik Lee berkata PAP kini berada di tengah-tengah peralihan pucuk pimpinan untuk memberi laluan kepada pemimpin generasi keempat, memulakan babak baru dalam kisah PAP.



"Anggota Parlimen (AP) PAP yang diundi buat kali pertama pada 1984 semuanya telah bersara kecuali saya," ujarnya semasa berucap di pelancaran buku A History of the People's Action Party, 1985-2021 di Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



Tambahnya, generasi perintis pengundi yang jumlahnya mula berkurangan pada 1985 kini kebanyakannya sudah tiada lagi, dengan sekitar 60 peratus daripada pengundi sekarang dilahirkan selepas Singapura meraih kemerdekaan dan membesar dalam keadaan negara yang stabil.



Dan seperti pada 1985, Encik Lee berkata terdapat banyak soalan tentang masa akan datang dalam fikiran orang ramai.



Ini termasuk bagaimana PAP dan pasukan pemimpin generasi keempatnya akan menangani cabaran baru serta sama ada mereka berupaya mengatasi kesukaran dan terus memajukan Singapura.



Memandang ke hadapan, Encik Lee berkata PAP juga harus sentiasa bekerja rapat dengan warga Singapura untuk memajukan negara ini.



Buku yang dilancarkan semalam ditulis oleh Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional (CENS) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Shashi Jayakumar.



Encik Lee berkata buku itu menerangkan bagaimana PAP berusaha membina masyarakat yang padu di sini, memupuk persefahaman dan sepersetujuan dalam kalangan kumpulan berbeza serta mempertingkat kehidupan segenap lapisan warga.



Buku itu turut mengkaji bagaimana pemerintah PAP antara lain mendekati dan mendengar keprihatinan rakyat, menyesuaikan dasar kepada keperluan warga yang berubah-ubah serta mewujudkan pekerjaan baik dan piawaian tinggi dari segi perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan, hingga berjaya meraih keyakinan dan mandat rakyat.



Selain itu, buku tersebut juga menyingkap bagaimana PAP terus menjalani transformasi dan pembaharuan selama ini serta membawa pembaca menyusuri detik parti itu perlu membuat keputusan sukar.



Menarik perhatian salah satu tema yang dipaparkan dalam buku itu - iaitu sifat responsif PAP - semasa berucap di majlis semalam, Dr Jayakumar berkata banyak mekanisme maklum balas dan inovasi dalam parlimen untuk mendapatkan pandangan yang pelbagai dilaksana pada 1980-an.



Namun, menurut kajiannya, mendiang Encik Lee Kuan Yew dan rakan kerja yang rapat dengan beliau telah memikirkan hal itu seawal 1960-an.



"Sebahagian daripada sifat responsif ini juga hasil usaha AP PAP dalam masyarakat, menjalin hubungan dengan penduduk dan mencuba cara baru untuk mendekati mereka walaupun masa dan orangnya berubah," ujar beliau.



Laporan lanjut: PAP terus pikul kewajipan berat bagi keselamatan, kejayaan SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >