Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJALANAN RENTAS SEMPADAN

PM Lee: Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura cermin hubungan kukuh kedua negara

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



PEMBUKAAN semula sempadan antara Malaysia dan Singapura mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kededua negara.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang mendalam, mesra dalam pelbagai aspek, dan hubungan antara rakyat yang kukuh.



"Pengumuman hari ini adalah peristiwa penting dalam peralihan kita ke arah kehidupan dengan Covid. Ia mencerminkan kerjasama kukuh yang dinikmati sepanjang pandemik ini dan akan membantu kedua-dua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini," jelasnya.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata:



"Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara.



"Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," katanya.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Encik Lee dan Datuk Ismail Sabri bersetuju untuk membuka semula sempadan darat mulai 1 April ini.



Pelawat dari Singapura dan Malaysia yang lengkap divaksin boleh merentas sempadan darat antara kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin atau ujian, seperti ujian sebelum berangkat dan selepas ketibaan.



Ini termasuk bagi semua kategori pelawat dan bentuk pengangkutan yang melalui sempadan darat.



Menerusi satu panggilan telefon selepas Encik Lee menyampaikan perutusannya kepada rakyat Singapura, kedua-dua Perdana Menteri telah mengiktiraf kemajuan baik yang telah dicapai oleh kedua-dua negara dalam memberikan vaksinasi kepada para penduduk masing-masing dan pengurusan pandemik Covid-19.



Mereka juga menarik perhatian terhadap kemajuan yang dicapai dalam meneruskan perjalanan rentas sempadan menerusi Laluan Perjalanan udara dan darat bagi mereka yang telah lengkap divaksin.



Pelonggaran sekatan sempadan Singapura-Malaysia akan sekali gus mengembalikan pergerakan antara kedua-dua negara seperti sebelum pandemik, apabila seramai 415,000 orang menyeberangi pusat pemeriksaan, di Tuas dan Woodlands setiap hari.



Langkah ini juga memberi peluang kepada lebih ramai keluarga untuk disatukan semula selepas terpisah selama dua tahun dek pandemik ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >