Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Pencerobohan Russia ke atas Ukraine timbul 'persoalan janggal' pada China

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



PENCEROBOHAN Russia ke atas Ukraine telah menimbulkan beberapa "persoalan janggal" pada China, memandangkan serangan itu melanggar integriti dan kedaulatan wilayah, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu dialog di Amerika Syarikat kelmarin.



Beliau ditanya pandangannya sama ada pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah menjadi "pengalaman serius" buat China.



Encik Lee menjawab: "Ia melanggar prinsip yang sangat dipegang teguh oleh China: integriti wilayah dan kedaulatan, dan tidak campur tangan.



"Jika anda boleh berbuat demikian kepada Ukraine, dan jika Donbass (wilayah) boleh dianggap sebagai enklaf, dan mungkin republik, bagaimana pula dengan Taiwan? Atau bahagian lain bukan (masyarakat) Han China? Jadi, itu soalan yang sangat sukar."



China menegaskan bahawa Taiwan, yang dianggapnya sebagai wilayah memberontak yang perlu disatukan semula, adalah soal kedaulatan dalaman.



Ia juga memegang pendirian sama apabila mengkritik pendirian Washington dalam isu kontroversi lain, seperti Muslim Uighur di wilayah Xinjiang.



Sekatan yang dikenakan ke atas Russia juga menekankan betapa saling berkaitnya ekonomi dunia, kata Encik Lee, yang berada di Amerika dalam lawatan kerja sehingga esok, lapor The Straits Times.



"Sesiapa daripada kita, terutamanya yang lebih besar, boleh merobohkan struktur ini... kita semua bergantung antara satu sama lain," kata Encik Lee, memberi contoh bagaimana satu negara mungkin memiliki banyak bon perbendaharaan Amerika, tetapi jika Washington memutuskan membekukan akaun tersebut, ia akan mempunyai akibat ekonomi yang praktikal.



Sebaliknya, Amerika juga saling bergantung dari segi ekonomi dengan China, salah satu rakan dagangan terbesarnya dan cawangan utama perkilangan bagi banyak syarikat Amerika, katanya.



"Jika kaitan itu patah, ia akan menjejas anda juga. Ini tidak bermakna anda tidak akan berakhir di tempat yang buruk. Tetapi ini bermakna kedua-dua pihak tahu harganya amat tinggi," kata Encik Lee.



Singapura mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Russia itu dan mengenakan sekatan serta larangan eksport ke atas negara itu, namun sejauh ini ia adalah satu-satunya negara Asia Tenggara berbuat demikian.



Encik Lee berkata beliau tidak fikir Beijing membayar harga politik di Asia-Pasifik kerana tidak menjauhkan dirinya dari Moscow.



Walaupun negara di rantau ini mungkin bimbang tentang kesan ke atas kedaulatan mereka dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka juga mahu mengekalkan hubungan mereka dengan China.



Sebilangan negara Asia juga mempunyai hubungan penting dengan Russia, tambah Encik Lee.



Kelmarin, Encik Lee juga telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Speaker Dewan Rakyat, Cik Nancy Pelosi; Pengerusi Lembaga Simpanan Federal, Encik Jerome Powell; dan Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >