Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKATAN M’SIA BERMULA

PM Lee: Penghantaran bekalan makanan SG-M'sia tidak terjejas

Mar 18, 2020 | 05:30 AM



PERJALANAN barangan dan kargo antara Singapura dengan Malaysia, termasuk bekalan makanan, tidak terjejas dengan langkah kerajaan Malaysia memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan, yang antara lain melarang pergerakan antara sempadan kededua negara.



Jaminan tersebut disampaikan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin tersebut.



Menulis di laman Facebook, Encik Lee berkata beliau dan rakan sejawatannya itu telah berbincang mengenai keadaan tersebut dan beliau telah melahirkan harapan agar Malaysia berjaya menangani penularan Covid-19 di negara itu dengan langkah larangan yang diperkenalkan.



"Saya gembira mendengar jaminan beliau (Tan Sri Muhyiddin) bahawa perjalanan bagi barangan dan kargo antara Singapura dengan Malaysia, termasuk bekalan makanan, akan diteruskan," ujar Encik Lee dalam catatannya itu.



Sementara itu, Perdana Menteri juga mendedahkan bahawa Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk melantik Menteri Kanan dari kededua negara - Encik Teo Chee Hean dan Datuk Sri Ismail Sabri - untuk menyelaras respons berkaitan penularan Covid-19.



"... ini terutamanya bagi (membincangkan) langkah kerjasama atau apabila langkah sesebuah negara itu menjejas negara lain. Mereka telah pun berhubungan, namun ia mungkin mengambil masa beberapa hari lagi untuk langkah-langkah diselaraskan," ujar beliau lagi.



Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kawalan pergerakan itu bermula hari ini sebagai respons kerajaan Malaysia menangani penularan Covid-19.



Selain melarang perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan kemasukan pelawat asing, lain-lain langkah termasuk larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk kegiataan keagamaan, sukan, sosial dan budaya; penutupan sekolah serta penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.



Sehubungan dengan itu, Encik Lee menarik perhatian, rakyat Malaysia yang tinggal di Johor dan bekerja di Singapura perlu mematuhi perintah larangan itu, sekali gus menjejas perjalanan harian mereka buat masa sekarang.



Singapura, katanya, akan membantu golongan ini.



"Kita sedang berusaha mengatur sesuatu dengan syarikat-syarikat bagi membantu pekerja warga Malaysia tinggal di Singapura buat sementara, jika mereka mahu," kata Encik Lee.



Salah seorang pekerja sedemikian, Encik Muammar Fikri Safri, 34 tahun, berkata majikannya sehingga semalam belum boleh mengesahkan sama ada mereka dapat menyediakan tempat tinggal di sini atau tidak.



Namun, bapa dua anak itu yang berasal dari Terengganu dan tinggal di Bukit Indah, Johor berkata beliau akan mengatur penginapan sendiri di sini jika perlu.



Menurutnya, yang bekerja sebagai penganalisa pemeriksaan kanan di sini, beliau herharap larangan tersebut tidak akan dilanjutkan melebihi dua minggu.



"Kerajaan (Malaysia) harus pertimbangkan rakyatnya yang perlu ulang-alik masuk Singapura menerusi Koswe atau Link Kedua untuk mencari rezeki. Jika ada yang ambil cuti (panjang), ia boleh menjejas pendapatan dan kerjaya mereka," katanya.



Perintah Larangan Pergerakan itu juga memaksa warga Singapura yang sedang bercuti di seberang Tambak untuk pulang lebih awal.



Cik Atiqah Halim, 38 tahun, berkata beliau sekeluarga memutuskan pulang ke Singapura semalam walaupun sepatutnya bercuti di Langkawi sehingga esok.



"Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko kerana takut keadaan lebih kecoh kalau kami pulang selepas sekatan oleh kerajaan Malaysia ini berkuat kuasa.



"Sebab itulah kami membuat keputusan dalam masa sejam dua selepas pengumuman itu dibuat pada malam Isnin untuk merancang perjalanan kami pulang ke Singapura," ujar ibu tiga anak itu.




"Saya gembira mendengar jaminan beliau (Tan Sri Muhyiddin) bahawa perjalanan bagi barangan dan kargo antara Singapura dengan Malaysia, termasuk bekalan makanan, akan diteruskan."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam catatan di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >