Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Prasarana awam galak interaksi masyarakat berbilang kaum

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat penjaja dan pasar yang terletak di Kelab Masyarakat (CC) Fernvale membolehkan penduduk membeli bahan makanan mentah dan meminta gerai-gerai khusus untuk memasakkan hidangan untuk mereka.



Khidmat 'Buy and Cook' atau 'Beli dan Masak' merupakan antara khidmat menarik dan satu-satunya pusat penjaja dan pasar yang menawarkan khidmat tersebut.



Melancarkan Fernvale CC semalam, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata prasarana awam memainkan peranan yang besar untuk menggalakkan masyarakat berbilang kaum untuk bertemu, berinteraksi dan membina kebersamaan.



Encik Lee, yang juga juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Ang Mo Kio, menyatakan CC itu direka untuk menjadi mesra keluarga dan mempunyai pengudaraan yang baik.



Beliau menambah bahawa Fernvale CC yang baru itu telah dilakarkan konsepnya pada 2015 dan telah mempertimbangkan bilangan keluarga muda yang tinggi di sekitar kawasan itu.



"Apabila bandar baru dilakar konsepnya seperti Fernvale, kami seringkali menimbangkan apa yang boleh menyatukan penduduk dari pelbagai bangsa dan latar belakang hidup berlainan untuk mendorong lebih banyak interaksi dan membina semangat kekitaan dan memupuk masyarakat yang bertenaga.



"Para penduduk memerlukan ruang-ruang yang dikongsi untuk bertemu, berinteraksi dan membina kebersamaan,'' ujar beliau.



Kemudahan baru itu merupakan kelab masyarakat kedua dalam GRC Ang Mo Kio yang mempunyai pusat penjaja dan pasar dengan 28 gerai penjaja dan dan 20 gerai di pasar. CC pertama ialah Ci Yuan CC di Hougang.



Menurut Encik Lee, ramai penduduk yang meminta agar satu lagi pusat penjaja dibina supaya ia meningkatkan kemudahan bagi mereka mempunyai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan.



Beliau menambah bahawa usaha telah diambil untuk menjadikan CC itu menarik bagi penduduk, dengan program yang dilakarkan berdasarkan maklum balas mereka seperti mengadakan kelas kesejahteraan dan kursus kulinari.



Kemudahan lain termasuk gimnasium yang beroperasi 24 jam, trek lari serta perkhidmatan yang disediakan untuk keluarga muda, seperti pusat penjagaan kanak-kanak, taman permainan dan bilik aktiviti.



Encik Lee menyatakan bahawa kelab masyarakat yang terletak bersebelahan Stesen LRT Fernvale dan Seletar Mall itu, bakal menjadi lebih mudah dikunjungi dengan pelancaran lebih banyak jalan raya di kawasan itu.



Menjelang akhir 2025, fasa dua lanjutan Buangkok Drive dan Sengkang West Drive baru yang menghubungkan Fernvale ke Seletar dan Ekspressway Tampines dijangka siap.



Bagi penduduk Fernvale, Cik Zurianah Abdul Rahman, 34 tahun yang berpindah ke kawasan itu lapan tahun lalu selepas beliau berkahwin, pembinaan CC itu amat disambut baik.



Suri rumah itu menyatakan bahawa ketiga-tiga anaknya yang menyertai latihan silat kini mempunyai kawasan latihan yang sempurna dan selesa, daripada melakukan latihan di sebuah dewan serbaguna di sebuah blok HDB.



Membeli-belah barangan runcit kini juga menjadi semakin mudah kerana beliau hanya perlu berjalan kaki selama lima hingga 10 minit sahaja dari rumahnya untuk sampai ke CC itu.



"Harga di pasar pasti lebih murah dan mempunyai medan selera juga amat mudah kerana terdapat beberapa gerai yang menjual makanan halal," kata beliau, sambil menambah bahawa beliau sedang mencari peluang untuk menyertai kursus-kursus masakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >