Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

PM Lee sanjung sumbangan pegawai awam S'pura tangani Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee sanjung sumbangan pegawai awam S'pura tangani Covid-19

Jul 09, 2021 | 09:23 PM

DALAM menangani krisis Covid-19, pegawai awam Singapura telah bangkit menangani cabaran yang terbentang.

Mereka menunjukkan kelincahan, daya tahan dan keberanian, jelas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam pos Facebook pada Jumaat (9 Julai).

Melahirkan keyakinannya Singapura dapat mengatasi wabak Covid-19 dan muncul lebih kuat, Encik Lee berkata:

“Belajar untuk hidup dalam norma baru ini penting. Saya yakin kita akan berjaya mengatasi Covid-19 dan muncul lebih kuat bersama-sama.”

Catatan itu dibuat Encik Lee sempena permulaan Minggu Khidmat Awam dengan upacara pemerhatian One Public Service pada Jumaat.

Awal daripada itu, beliau berkata:

“Sejak Covid-19 melanda Singapura awal tahun lalu, pegawai awam kita bekerja tanpa penat-lelah dan tanpa henti, baik di barisan depan atau di balik tabir, bagi memastikan setiap orang selamat.

“Keadaan ini telah menyebabkan Perkhidmatan Awam kita diterik hingga batasnya dan meletakkan kita dalam satu ujian pencarian.

“Namun, kerana setiap orang bekerjasama, situasi kita kian meningkat.”

Encik Lee kemudian mengucapkan terima kasih kepada pegawai awam di atas kerja keras dan dedikasi mereka.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3