Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sertai lebih 1,000 penduduk sambut ulang tahun negara di Teck Ghee

Aug 09, 2023 | 09:11 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyambut Hari Kebangsaan awal Rabu dengan menyertai lebih 1,000 penduduk di upacara pemerhatian Hari Kebangsaan di Balai Rakyat Teck Ghee.

Antara mereka yang hadir pada acara itu termasuk penduduk Teck Ghee Teck Ghee, anggota Perkhidmatan Negara (NS), warga baru, rakan masyarakat serta pelajar dari sekolah berdekatan.

Dalam video yang disiarkan di akaun Facebooknya, Encik Lee kelihatan berinteraksi dengan penduduk dan menyaksikan perbarisan yang disediakan anggota Kompeni ke-64 Briged Lelaki Singapura.

Beliau kemudian memotong kek bagi menyambut ulang tahun ke-58 kemerdekaan Singapura bersama pemimpin akar umbi GRC Ang Mo Kio dan murid tajaka PCF Sparkletots Teck Ghee.







Encik Lee berkata: “Saya sangat senang menikmati suasana meriah di Upacara Pemerhatian Hari Kebangsaan Teck Ghee pagi tadi (Rabu).”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Teck Ghee yang menyumbang kepada pagi istimewa itu.

“Saya berharap semua dapat menyambut ulang tahun ke-58 negara kita dengan penuh meriah,” tambahnya.







Di Stadium Choa Chu Kang pula, Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong turut menyertai sekitar 1,000 penduduk yang mengadakan Upacara Pemerhatian Hari Kebangsaan di situ.

Selain mengadakan perbarisan dan upacara menghormati bendera, acara di Choa Chu Kang itu yang dinamakan Majulah Walk & Run, turut melibatkan program berlari dan berjalan secara beramai sepanjang 8 kilometer dan 3 kilometer masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >