Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersatu rai masa depan bersama

Aug 09, 2023 | 09:00 PM



Dentuman bunga api memecah keheningan suasana malam dan ruang angkasa di sekitar Padang yang bertukar menjadi merah menyala apabila Singapura meraikan ulang tahun ke-58 pada Rabu.

Ini adalah kali pertama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) diadakan pada skala besar di Padang selepas tempoh pandemik Covid-19 reda.

Secubit perasaan sedih juga dirasai kerana ini adalah NDP terakhir yang akan dihadiri Presiden Halimah Yacob sebagai Ketua Negara. Puan Halimah, pada Mei lalu, telah mengumumkan beliau tidak akan bertanding di Pilihan Raya Presiden yang perlu diadakan sebelum tempoh khidmatnya berakhir pada pertengahan September.

Setibanya di Padang pada Rabu, Puan Halimah disambut dengan penuh istiadat, diiringi lagu kebangsaan, Majulah Singapura.


Menyusuli upacara pemeriksaan pegawai kawalan kehormatan, Puan Halimah dibawa sekeliling Padang dengan menaiki kenderaan khas.

Sorakan lantang dan tepukan gemuruh mengiringi Puan Halimah sepanjang pusingan itu, daripada sekitar 27,000 penonton.

Ribuan lagi menyaksikan adegan bersejarah itu di televisyen dan alat bimbit masing-masing di serata negara.

Di penghujung NDP, Puan Halimah dilihat bertemu dan bergambar dengan sebahagian peserta segmen persembahan NDP, menggulung penglibatan rasmi di perbarisan kali ini.

NDP 2023 bertemakan Onward As One atau Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati – mencerminkan harapan negara untuk menyahut cabaran hari muka secara bersama.


Orang ramai dilihat masuk ke kawasan Padang seawal 1.30 petang, lebih empat jam sebelum perbarisan dijadual bermula pada 6 petang. Ramai membawa kipas bimbit, payung atau topi, dengan bahang cuaca panas yang telah berlarutan sejak beberapa minggu lalu terus dirasai.

Acara dimulakan dengan persembahan tarian bagi menyemarak semangat penonton disusuli pertunjukan oleh pancaragam gabungan Angkatan Bersenjata Singapura dan Pasukan Polis Singapura.

Elemen suka ramai pasukan payung terjun tinggi The Red Lions kemudian berlangsung dengan setiap ‘pendaratan’ anggota payung terjun disambut dengan tepukan dan teriakan ‘aaah’.

Antara acara yang dinanti-nantikan pada perbarisan ini adalah penampilan sulung kontinjen Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) berberet kelabu, Perkhidmatan Keempat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selain tentera, tentera udara dan tentera laut.

Penonton di Padang serta penduduk di seluruh Singapura juga diberi peluang melihat bendera berkibar di udara Padang dan serata Singapura serta pertunjukan aerobatik dan kehebatan jet pejuang F-16, F-15SG dan pesawat Pengangkutan Kereta Kebal Pelbagai Peranan (MRTT) A330, sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-55 RSAF.

Selepas mata hari terbenam, warga Singapura dipukau pula pertunjukan penuh inspirasi selaras tema NDP yang menggalak warga memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan dan maju bersama untuk membina masa depan yang inklusif bagi semua.

Lebih 2,400 peserta menyertai segmen persembahan warna-warni itu.

Antara lain ia memaparkan beberapa tema seperti kehidupan berharmoni dalam masyarakat berbilang bangsa yang telah membolehkan Singapura makmur serta mengajak warga dan anak muda mengejar impian mereka dan mengibarkan bendera negara dengan megah.

Ia juga menggunakan elemen unik seperti ciri tiga dimensi termasuk bau harum bunga semasa persembahan ‘teratai air’ apabila anak legenda bola sepak Fandi Ahmad, Iman Fandi, menyanyikan lagu Bunga Sayang dalam platform yang dinaikkan setinggi 10 meter di pentas Padang itu.


Sambutan berakhir dengan pertunjukan disukai ramai dengan pertunjukan bunga api pada malam penuh bermakna untuk Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >