Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-57 SINGAPURA SEBAGAI ANGGOTA PBB

PM Lee: S'pura komited pada cita-cita terbuka, inklusif, patuh aturan PBB

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA kekal komited kepada cita-cita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbuka, inklusif dan berdasarkan peraturan.



Ini kerana ia memberi negara-negara kecil seperti Singapura suara dan taruhan untuk membina keamanan dan keselamatan di dunia.



Demikian yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (gambar atas) dalam satu pos di Facebooknya tengah hari semalam sempena menyambut ulang tahun Singapura yang ke-57 sebagai anggota PBB.



Dalam catatan itu, beliau juga menyatakan bahawa Singapura akan bekerjasama dengan semua negara untuk mencari huraian bagi isu-isu global yang dihadapi bersama.



"Dunia sedang menghadapi cabaran yang kompleks, termasuk krisis iklim, ketegangan geopolitik yang meningkat dan dasar perlindungan yang semakin meningkat.



"Pengalaman Covid-19 mengingatkan betapa saling berkait dan bergantung kita di dunia ini yang tidak dapat dipisahkan.



"Kepentingan institusi seperti PBB kian meningkat berbanding masa sebelum ini kerana ia menyediakan platform untuk negara-negara bersatu dan membina sekitaran antarabangsa yang stabil," kata Encik Lee.



Selepas 57 tahun, bendera S'pura terus berkibar tinggi di PBB



Dalam satu pos di Facebook, Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan bahawa sebagai sebuah negara kecil, Singapura akan berdiri teguh dalam prinsip PBB iaitu memelihara keamanan, kedaulatan dan kebebasan politik.



Ia berkata: "Kini lebih daripada biasa, dunia ini memerlukan PBB yang kuat."



MFA juga menyiarkan mesej video oleh wakil tetap Singapura ke PBB, Encik Burhan Gafoor, di New York.



Dalam video selama dua minit itu, beliau menceritakan bagaimana bendera Singapura dinaikkan buat kali pertama di New York selepas ia diterima menjadi anggota PBB pada 21 September 1965 dengan Menteri Ehwal Luar pertama Singapura, Encik S Rajaratnam, membuat ucapan penting dalam perhimpunan agung itu.



"Saya gembira untuk mengatakan bahawa selepas 57 tahun, bendera Singapura terus berkibar tinggi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," kata Encik Burhan.



Beliau juga berkongsi bagaimana Encik Rajaratnam menyatakan bahawa Singapura akan menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap prinsip-prinsip PBB untuk memelihara keamanan, kedaulatan dan kebebasan politik dan menegaskan bahawa keselamatan, kesejahteraan dan integriti negara-negara kecil seperti Singapura bergantung pada prinsip-prinsip PBB ini.



"Sejak kemerdekaan kita, Singapura telah menjadi penyokong kuat PBB dan Piagam PBB dan sejak beberapa dekad lalu, ramai diplomat Singapura telah membuat sumbangan besar kepada kerja-kerja PBB.



"Kita juga menjadi pembela kuat sistem berasaskan peraturan pelbagai hala.



"Sebagai sebuah negara kecil, kita memang mempunyai minat yang mendalam dalam memastikan kejayaan PBB," kata Encik Burhan sambil menyatakan bahawa Singapura, sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, akan terus bekerja rapat dengan semua negara besar dan kecil untuk mencari huraian bagi masalah global dan menggalak pembangunan mampan di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >