Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S'pura tingkat pengeluaran tenaga suria jelang 2025

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan meningkatkan pengeluaran tenaga suria sebanyak empat kali ganda menjelang 2025, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Usaha itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil untuk mencapai Strategi Pembangunan Pengeluaran Rendah Jangka Panjang, kata beliau dalam ucapan videonya di Sidang Puncak Cita-Cita Iklim untuk memperingati ulang tahun kelima Perjanjian Paris semalam.



Selain itu, negara ini akan memberhentikan penggunaan kenderaan enjin pembakaran dalaman menjelang 2040.



Singapura juga akan melabur secara aktif dalam huraian rendah karbon dan menggalak pembiayaan hijau, misalnya, menerusi Program Pelaburan Hijau AS$2 bilion.



"Ini akan membantu peralihan Singapura kepada sebuah ekonomi rendah karbon," kata Encik Lee.



Matlamat ikrar iklim, atau sumbangan yang ditentukan negara, yang dibuat di bawah Perjanjian Paris bertujuan membatasi pemanasan global di bawah 2 darjah celsius di atas tahap pra-industri, dengan tujuan mengehadkan pemanasan iklim kepada hanya 1.5 darjah celsius.



Encik Lee berkata perubahan iklim ialah satu ancaman bagi semua, terutamanya bagi negara pulau kecil seperti Singapura.



Beliau menambah bahawa cabaran sejagat itu memerlukan respons seluruh dunia, dan Singapura akan memainkan peranan bersama negara lain untuk menangani masalah sejagat itu serta akan memenuhi komitmen di bawah perjanjian itu.



"Semua negara, besar dan kecil, mesti berganding bahu dan memberikan sumbangan.



"Bukan hanya untuk memenuhi apa yang telah kita persetujui di bawah Perjanjian Paris, namun untuk terus mendorong cita-cita iklim agar kita mengurangkan risiko malapetaka iklim yang memusnahkan dunia anak-anak kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >