Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Tun Rahah, balu mantan PM Tun Razak sumber kekuatan M'sia

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Allahyarhamha Tun Rahah Mohamed Noah, balu Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi kepada keluarga dan rakyat Malaysia.



Allahyarhamha Tun Rahah, 87 tahun, yang juga ibu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, menghembuskan nafas terakhir di hospital kelmarin.



"Beliau berdiri teguh di samping suaminya, Tun Razak, ketika suaminya memimpin Malaysia pada masa yang penting dalam sejarah. Beliau akan dikenang kerana taat setia kepada negara dan keluarga. Ingatan kami adalah bersama keluarganya dan rakyat Malaysia pada masa berkabung ini,'' kata PM Lee, dalam catatannya di Facebook semalam.



Allahyarhamah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara.



Jenazah Allahyarhamha dimandikan dan diberi penghormatan terakhir oleh pemimpin negara dan orang awam, serta disembahyangkan di Masjid Ar-Rahah, sebelum dibawa ke Masjid Negara.



Hujan renyai mengiringi sepanjang majlis pengebumian yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Terdahulu, jenazah tiba di masjid berkenaan pada 2.15 petang sebelum Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni mengetuai solat jenazah kira-kira 2.30 petang.



Mengiringi jenazah ialah kelima-lima anaknya iaitu Datuk Seri Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >