Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES FITNAH YANG DITULIS DALAM LAMANWEB TOC

PM Lee tuntut ganti rugi, kos lebih berat

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong sedang menuntut ganti rugi dan kos lebih berat bagi fitnah yang disampaikan oleh seorang penulis warga Malaysia menerusi laman web sosiopolitik The Online Citizen (TOC).



Penulis itu, Cik Rubaashini Shunmuganathan, yang menulis artikel yang mendakwa PM Lee telah membuat mendiang bapanya Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew salah faham, tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi semalam untuk menilai ganti rugi dan kos.



Jumlah ganti rugi yang dituntut PM Lee tidak dinyatakan, menurut laporan The Straits Times (ST).



Semasa perbicaraan maya yang diadakan menerusi platform sidang video Zoom itu, mahkamah mendengar Cik Rubaashini telah berulang kali diberikan dokumen mahkamah sejak Disember 2019, termasuk menerusi alamat e-mel peribadi, alamat e-emel TOC dan secara bersemuka.



Peguam PM Lee dari firma Davinder Singh Chambers pertama kali cuba menghubungi Cik Rubaashini pada 21 Oktober 2019, dengan mengirimkan surat kepada beliau dan memintanya menurunkan artikel tersebut, memohon maaf dan memberi ganti rugi kepada PM Lee.



Surat itu dikirimkan ke alamat e-mel peribadi serta menerusi pesanan privet di Facebook dan LinkedIn.



Cik Rubaashini tidak mengendahkan surat itu, kata PM Lee dalam afidavitnya.



Menyusuli itu, seorang kakitangan yang digajikan oleh firma guaman di Malaysia telah memberikan Cik Rubaashini writ saman, kenyataan tuntutan dan perintah mahkamah, di rumahnya di Shah Alam di Selangor, Malaysia pada 4 Disember 2019.



Beberapa dokumen lain juga diberikan kepada Cik Rubaashini secara bersemuka pada 2020.



Namun, selepas 22 Januari tahun ini, seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai saudara lelaki Cik Rubaashini, memberitahu kakitangan itu Cik Rubaashini tidak lagi tinggal di alamat tersebut.



Dokumen susulan turut dikirimkan kepada Cik Rubaashini melalui kededua alamat e-mel-nya, kepada saudara lelakinya itu, dan yang ditinggalkan di peti surat di alamat lamanya itu.



Dalam afidavit beliau, PM Lee berkata Cik Rubaashini tidak mematuhi tuntutan yang dinyatakan dalam surat yang dikirimkan kepadanya.



Beliau juga tidak menafikan atau menyangkal sebarang dakwaannya.



Oleh kerana beliau gagal menghadirkan diri berhubung saman itu, PM Lee mendapatkan penghakiman ingkar terhadapnya pada 31 Disember 2019.



Dalam afidavitnya, PM Lee berkata: "Saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya dan percaya bahawa kesudahannya adalah isu liabiliti telah ditetapkan dan defendan dianggap telah memberi pengakuan kepada semua dakwaan dalam kenyataan tuntutan itu."



PM Lee sedang mengenakan saman terhadap Cik Rubaashini berhubung artikel yang ditulisnya bagi TOC pada 2019.



Artikel itu berjudul "PM Lee's wife Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members", yang bermaksud "Ho Ching, isteri PM Lee, secara aneh berkongsi artikel mengenai memutuskan hubungan dengan ahli keluarga."



PM Lee juga telah mengenakan saman terhadap editor TOC Encik Terry Xu atas artikel yang sama dalam kes berasingan yang masih belum ditentukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >