Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERALIHAN PUCUK PIMPINAN DI BRITAIN

PM Lee ucap tahniah kepada PM baru Britain

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat kepada Cik Elizabeth Truss, untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri Britain yang baru.



Dalam suratnya, Encik Lee berkata beliau, bagi pihak pemerintah Singapura, mengucapkan tahniah kepada Cik Truss.



"Pelantikan anda berlaku semasa cabaran yang ketara, serta peluang dalam sekitaran global yang tidak menentu.



"Asas hubungan dua hala kita kekal kukuh. Singapura dan Britain berkongsi hubungan sejarah yang kukuh, dengan jalinan antara rakyat yang baik," ujar Encik Lee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) kelmarin.



Singapura dan Britain, kata beliau, bekerjasama dengan baik merentasi banyak sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan serta dalam penyelidikan dan inovasi.



Singapura juga mengesahkan komitmennya terhadap kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Britain-Singapura, yang di tandatangani pada Disember 2020 di Singapura.



Menurut Encik Lee lagi, kerjasama dua hala juga telah berkembang ke sektor baru dan memuncul, seperti keselamatan siber dan ekonomi digital.



Perjanjian Ekonomi Digital Britain-Singapura adalah peristiwa penting bagi kedua-dua negara dan membuka prospek pertumbuhan baru buat perniagaan dua negara.



Selain itu, Singapura dan Britain adalah penyokong kuat perintah pelbagai hala berasaskan peraturan, dan keperluan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa.



"Saya yakin kita akan mengekalkan momentum kukuh dalam hubungan dua hala kita.



"Saya berharap ingin terus bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan kerjasama kita bagi masa hadapan," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >