Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee undang PM Anwar ke S'pura; perkukuh ikatan dua hala

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu panggilan telefon semalam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia, menjemput ketua baru negara jiran itu ke Singapura.



Encik Lee berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Datuk Anwar dan kerajaan barunya bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.



Encik Lee berkata Singapura dan Malaysia adalah rakan kongsi yang rapat.



Kedua-dua negara mengongsi persahabatan yang panjang, disokong oleh hubungan sejarah, budaya dan sesama rakyat yang kukuh.



"Banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan hubungan dua hala kita untuk manfaat bersama," kata Encik Lee dalam satu kiriman Facebook semalam.



Encik Lee berkata beliau telah mengenali Datuk Anwar selama beberapa dekad.



"Kami kali terakhir bertemu di Singapura pada 2018 apabila beliau menyampaikan ceramah di Sidang Puncak Singapura tentang pentingnya hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia," kata Encik Lee.



Dalam satu kiriman di Twitter semalam, Datuk Anwar mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee di atas panggilan telefon dan ucapan mesranya.



"Sebagai jiran rapat dan rakan kongsi dalam Asean, Malaysia dan Singapura juga mengongsi banyak persamaan, sejarah yang saling berkait dan hubungan antara rakyat yang sangat erat dan aktif.



"Saya tidak sabar untuk bertemu anda pada kesempatan paling awal dan bekerjasama untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura," katanya.



Kelmarin Encik Lee mengutus warkah mengucapkan tahniah kepada Datuk Anwar serta prestasi kukuh Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia lalu.



Dalam warkah tersebut, Encik Lee berkata jawatan perdana menteri Datuk Anwar itu datang di tengah-tengah cabaran dalam sekitaran serantau dan global.



"Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang baru untuk kerjasama," kata Encik Lee.



Pelantikan itu menamatkan kebuntuan pembentukan kerajaan baru lima hari selepas PRU15, dan sekali gus mengakhiri penantian Datuk Anwar selama 24 tahun untuk menjadi perdana menteri.



PRU15 memperlihatkan persaingan sengit dan berakhir dengan Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.



PH menang 82 kerusi sementara Perikatan Nasional (PN) meraih 73 kerusi - kededua tidak cukup mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >