TERDAPAT keperluan mendesak bagi memanfaatkan teknologi dalam menangani krisis perubahan iklim, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Usaha itu akan melancarkan peralihan ke karbon rendah, dengan menjadikan pengurangan pelepasan karbon lebih dimampui dan mampan dalam jangka panjang.
Encik Lee berkata demikian di Sidang Puncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Rome, Italy, dalam sesi kedua 'Perubahan Iklim dan Sekitaran' semalam.
Singapura bukan anggota G20 yang menyatukan ekonomi terbesar dunia tetapi diundang sebagai antara negara tamu sidang itu.
Encik Lee berkata krisis iklim kekal sebagai cabaran yang wujud dalam zaman ini meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Mengongsi usaha yang dijalankan di Singapura, beliau berkata negara ini sedang "menambahkan empat kali ganda penghasilan tenaga suria setempat (daripada paras 2020) menjelang 2025, dan secara aktif mengkaji dan melabur dalam huraian rendah karbon canggih seperti penangkapan karbon, teknologi penggunaan dan penyimpanan, dan hidrogen".
LAPORAN SELANJUTNYA: Kerjasama lebih kukuh diperlu bagi inisiatif kemampanan