Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PMD langgar pejalan kaki: Lelaki dikenakan tahanan 5 hari

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dijatuhi hukuman arahan penahanan pendek selama lima hari semalam kerana menyebabkan seorang pejalan kaki mengalami keretakan pada tengkoraknya akibat terjatuh selepas alat mobiliti peribadinya (PMD) melanggar wanita itu.



Pesalah yang diberi hukuman sedemikian diletakkan dalam penjara untuk masa yang singkat, tetapi mereka tidak akan mempunyai rekod jenayah selepas dibebaskan.



Ong Kwan Yun, 21 tahun, mengaku bersalah pada September atas kesalahan termasuk menyebabkan kecederaan parah kepada wanita berusia 46 tahun itu dengan menaiki PMD secara cuai.



Berat alat itu hampir 30 kilogram (kg) - melebihi had undang-undang 20kg - apabila Ong menunggangnya di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung di Boon Lay Avenue sekitar 1 tengah hari pada 23 Mac.



Dalam prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Tan Zhi Hao berkata Ong bergerak dengan laju yang menyebabkan dia hilang kawalan ke atas alatnya.



Kelajuan sebenar tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



DPP Tan berkata: "Kuasa pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak dari lantai dan jatuh pada bahagian belakangnya, dengan belakang kepalanya terhantuk ke lantai terlebih dahulu. Mangsa tidak sedarkan diri untuk seketika."



Mangsa juga mengalami kehilangan ingatan dan masalah pertuturan selepas kejadian itu.



DPP Tan menambah bahawa Ong pada mulanya kekal di tempat kejadian dan memanggil wanita itu, yang tidak memberi respons.



Dia tidak membuat pemeriksaan lanjut ke atas wanita itu mahupun kecederaannya.



Tidak pasti apa yang perlu dilakukan, Ong meninggalkan tempat kejadian untuk pergi ke rumah teman wanitanya.



Mangsa tersedar tidak lama kemudian dan mendapati beliau tidak boleh bergerak, dan lengan kanannya juga berdarah.



Beberapa orang tampil untuk membantunya dan salah seorang daripadanya menghubungi ambulans.



Wanita itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, di mana beliau didapati mengalami keretakan tengkorak dan pendarahan dalaman di sekitar otak.



Beliau kemudian diberi cuti kemasukan hospital selama 132 hari.



Ong ditangkap pada 25 Mac selepas polis mengesahkan identitinya, dibantu oleh rakaman televisyen litar tertutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >