Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES BUDAK MATI DIDERA

Pneumonia bukan sebab kematian

Nov 14, 2019 | 10:30 AM



LUKA pada muka dan kulit kepala budak lelaki berusia lima tahun yang mati setelah didera ibu bapanya mungkin kerana dikurung dalam sangkar kucing peliharaan keluarganya, kata pakar patologi forensik kepada Mahkamah Tinggi semalam (13 November).



Dr Chan Shijia, yang telah memeriksa sangkar yang berukuran 91 sentimeter panjang, 58 sentimeter lebar dan 70 sentimeter tinggi itu, berkata tidak mustahil untuk seseorang yang terkurung di dalamnya tercalar disebabkan besi sangkar itu sewaktu sedang bergerak.



Peguam Ridzuan, Encik Eugene Thuraisingam juga mengatakan bahawa budak itu mengalami pneumonia, yang meningkatkan risiko kematiannya.



Seminggu selepas bedah siasat, kajian sel budak itu menunjukkan pneumonia, namun Dr Chan berkata ia ‘sedikit’ dan ‘minimal’, dan tidak menyebabkan kematian budak itu.



Dr Chan memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan Azlin Arujunah dan Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, yang dituduh membunuh dengan niat yang sama sengaja menyebabkan kecederaan parah pada anak lelaki mereka.



Seminggu sebelum kematiannya - antara 15 dengan 22 Oktober tahun itu - budak lelaki tersebut disiram dengan air panas dalam empat kejadian dan menderita akibat kelecuran teruk di kulit kepala yang kemudian menyebabkan kematiannya.



Encik Thuraisingam mengatakan bahawa terdapat empat kejadian melecur, dan tidak dapat mengenal pasti kejadian mana yang sebabkan kematian budak itu.



Perbicaraan diteruskan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >