Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Podcast bercerita ‘Book Monsters’, Jejak Jalan Kanak-Kanak Yong Siak Street

Aug 14, 2023 | 04:46 PM



Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Dengar: Podcast bercerita ‘Book Monsters’

Jadikan podcast bercerita Book Monsters sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidur anak-anak anda.


Dengar cerita Goldilocks And The Three Bears serta Jack And The Beanstalk yang disampaikan oleh penyampai radio Kiss92 FM, The Flying Dutchman dan Glenn Ong.


Pengacara bersama mereka bagi rancangan pagi The Big Show, Angelique Teo, membaca satu lagi kisah klasik, The Little Red Hen.


Podcast itu bermula pada Mac dan anak-anak anda boleh menjangkakan lebih banyak cerita dengan pelancaran Musim 2 pada Sabtu.

Antara cerita yang boleh dijangkakan ialah My Daddy Is The Best yang ditulis dan dibaca oleh pengetua prasekolah EtonHouse, Cik Josephyne Ho.


Cerita At The National Day Parade daripada siri Timmy And Tammy oleh pengarang setempat, Ruth Wan-Lau, juga akan disertakan. Ia dibaca oleh pendidik awal kanak-kanak, Cik Esther Yio.


Penyampai rancangan malam The Owls di Kiss92 – Daphne Khoo, Juliana Yeow, Nat Koh dan Shawnrick Hu – masing-masing akan menjadi hos satu episod musim ini.


Podcast Book Monsters dimulakan oleh program Joyful Learning Dana Masyarakat EtonHouse dengan kerjasama Kiss92.


Ia juga termasuk tutorial untuk ibu bapa mempelajari bagaimana mereka boleh bercerita dalam cara yang menarik.

Dengar podcast itu di Awedio (str.sg/i5gV) dan Spotify (str.sg/i5gj).

Teroka: Jejak Jalan Kanak-Kanak Yong Siak Street

Enam kedai mesra keluarga telah bersatu untuk membawa kembali Jejak Jalan Kanak-Kanak Yong Siak Street yang kali terakhir diadakan pada 2019.

Edisi kelima pada 20 Ogos di Tiong Bahru itu menawarkan pelbagai kegiatan percuma.

Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menyertai kegiatan mencari makhluk ajaib, membentuk doh roti di Micro Bakery Kitchen atau membuat kolaj potret muka yang diilhamkan oleh corak dari Afrika di butik Olive Ankara.

Dengan bayaran tertentu, mereka juga boleh menghasilkan pencuci mulut parfait berbentuk unikorn atau narwhal di kedai roti Plain Vanilla atau membeli belon pelbagai bentuk di butik Nana & Bird.

Kedai-kedai lain yang mengambil bahagian ialah kedai aiskrim Creamier dan kedai buku Woods in the Books.

Seorang ahli silap mata juga akan menghiburkan kanak-kanak di sepanjang jalan.

Ketahui lebih lanjut di str.sg/i5gC.







Belanja: Kasut Oddity Superga X Slimy

Cabang Singapura bagi jenama kasut Italy Superga telah bekerjasama dengan artis-pemuzik tempatan Cherie Ko dan Tim Kek dalam satu koleksi yang menawarkan ibu bapa peluang memakai kasut serupa dengan anak-anak.

Pasangan suami isteri itu telah menghasilkan watak Slimy Oddity, yang terkenal dengan komiknya dengan mesej yang membangkitkan semangat dan menampilkan gumpalan merah Slimy dan gumpalan ungu Oddity.

Hasil kerja mereka di Instagram telah menarik 363,000 pengikut dan juga boleh dibaca dalam buku mereka, Today Will Be A Great Day: Slimy Oddity’s Guide To Happiness, yang diterbitkan pada 2022.


Di bawah kerjasama edisi terhad dengan Superga ini, peminat akan menemui Slimy yang comel dan peringatan positif seperti “Open Your Mind” pada tiga reka bentuk kasut bertali untuk orang dewasa (daripada $139.90) dan dua kasut sarung untuk si kecil ($89.90).

Beli koleksi itu di kedai Superga dan superga.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >