Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Podcast kupas perihal malam seribu bulan

May 26, 2019 | 05:30 AM



BILAKAH jatuhnya malam yang lebih baik dari seribu bulan?



Podcast #NoTapis edisi khas Ramadan bertajuk - One Last Push, Rebut 10 Hari Terakhir Ramadan - membincangkan keistimewaan 10 malam terakhir itu bersama pengacara, personaliti popular, Suhaimi Yusof dan koresponden Berita Harian (BH), Shahida Sarhid.



Memimpin topik perbincangan dalam Episod ke-tujuh podcast terbitan BH itu ialah pengurus pusat pengajian Al-Quran, Al Jazari SG, Ustaz Muhammad Zahil Zakaria.



Ustaz Zahil adalah asatizah undangan #NoTapis bagi episod enam hingga ke episod ke-10.



Lima episod podcast edisi khas Ramadan BH sebelum ini menampilkan pendakwah bebas dan penceramah motivasi Ustazah Liyana Musfirah.



Mengulas pertanyaan sebilangan orang mengenai bila jatuhnya malam lailatulqadar, Ustaz Zahid berkata ulama telah pun memberi gambaran.



Namun, beliau menekankan, mengapa ia tidak dihadkan kepada satu-satu hari, dan sebaliknya penekanan diberi kepada 10 malam terakhir ialah untuk melatih Muslim untuk ikhlas beribadah dan merasakan keistimewaan beramal sepanjang sepuluh malam terakhir itu.



Sementara itu, Ustaz Zahil juga menerangkan mengapa malam lailatulqadar dijanjikan Allah untuk turun pada malam ganjil dan adakah nikmat lailatulqadar itu tidak terbuka kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan agama atau merasakan ibadahnya jauh daripada sempurna.



Untuk mendapatkan perincian penjelasan Ustaz Zahil yang diwarnai perbualan menghiburkan Suhaimi dan Shahida, anda boleh mendapatkan episod penuh One Last Push, Rebut 10 Hari Terakhir Ramadan, menerusi aplikasi Spotify.



Episod ke-tujuh itu akan dimuat naik ke Spotify esok (Isnin, 27 Mei) pada jam 12 tengah hari.



Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Spotify di telefon bijak anda, taip #NoTapis di ruang pencarian dan 'Follow' podcast Berita Harian itu untuk mendengar episod tersebut dan episod-episod lain yang telah diterbitkan.



Empat lagi podcast #NoTapis akan disiarkan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di Spotify pada jam 12 tengah hari.



Selain #NoTapis, sajian podcast BH termasuk Teh Tarik Kurang Manis bersama wartawan Zulaiqah Abdul Rahim dan Bicara bersama wartawan Siti Aisyah Nordin.




SAJIAN PODCAST TERBITAN BERITA HARIAN



  • #NoTapis

Edisi khas Ramadan yang membincangkan isu berkaitan puasa dan Hari Raya.



Menampilkan personaliti popular Suhaimi Yusof dan koresponden BH, Shahida Sarhid, sebagai pengacara.



TIGA CARA MUDAH UNTUK MENIKMATI



PODCAST BH



1. Muat turun aplikasi Spotify



2. Cari Podcast #NoTapis



3. Follow Podcast #NoTapis



LAIN-LAIN PODCAST BH DI SPOTIFY



  • Teh Tarik Kurang Manis mengupas isu secara santai, namun tetap secara terus terang. Dikendalikan wartawan BH, Zulaiqah Abdul Rahim.

  • Bicara bersama Aisyah Membincangkan isu-isu semasa bercorakkan gaya hidup bersama wartawan BH, Siti Aisyah Nordin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >