Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok tumbang di Kampong Glam; 3 kereta dihempap

Mar 08, 2023 | 04:30 PM



SELEPAS bersarapan bersama isterinya di Kampong Glam pada Rabu pagi, Encik Abdul Hameed terkejut melihat keretanya yang diparkir di Sultan Gate terhempap sebuah pokok yang tumbang.



"Saya tidak pernah meletak kereta saya di kawasan ini sebab ia selalunya penuh," kata pengurus kru dan pengawal depot berusia 56 tahun itu.



"Tapi pada hari ini ia kelihatan kosong, jadi saya ambil kesempatan untuk meletak kereta saya di sini namun ini pula terjadi," tambahnya.



Menurut The Straits Times, cermin belakang dan lampu isyarat di bahagian kiri kereta Tivolinya berwarna coklat kelihatan rosak akibat pokok besar yang tumbang itu.



Pokok itu juga menjejas lagi tiga kereta lain dan tiada kecederaan dilaporkan selepas kejadian itu yang berlaku sekitar 11 pagi.



Beberapa saksi lain yang berada dekat tempat kejadian menyatakan bahawa bunyi pokok tumbang itu persis bunyi bangunan sedang roboh.



Seorang lagi saksi bernama Encik Hassan Mohd Amin, 59 tahun berkata beberapa kanak-kanak kecil sedang bermain dekat pokok itu sebelum ia tumbang.



“Tiba-tiba saya dengar ada seorang yang sedang menjerit dan kemudian saya lihat kanak-kanak itu berlari meninggalkan tempat itu.” katanya yang sedang berada dalam kenderaannya sambil menunggu tempat letak kereta kosong.



Beliau juga berkata, mujur tiada orang yang tercedera akibat kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >