Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poliklinik Sembawang dibuka Dis selepas setahun tertangguh

Jun 26, 2023 | 05:41 PM



Poliklinik Sembawang akan dibuka pada Disember 2023, lewat setahun daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata kelewatan itu disebabkan oleh gangguan bekalan dan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan, namun isu itu sudah dapat diatasi.

Encik Ong berkata demikian ketika melancarkan Hab Bersepadu Bukit Canberra di mana Poliklinik Sembawang akan ditempatkan.

Pembinaan itu sebahagian daripada fasa kedua pembukaan secara bertahap di hab tersebut. Dibangunkan oleh Sport Singapore, hab bersaiz 12 hektar itu bakal menempatkan beberapa agensi, termasuk Persatuan Rakyat (PA), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Taman Negara (NParks).

Empat kolam renang baru juga akan dibuka di bawah fasa kedua pembinaan dan sebuah gim tertutup ActiveSG yang terbesar di Singapura juga akan dibuka.

Encik Ong melahirkan harapan agar fasa kedua pembinaan hab itu dapat disiapkan untuk kegunaan orang ramai pada Oktober.

Turut diumumkan ialah Poliklinik Tampines North yang akan dibuka menjelang Oktober.

Encik Ong berkata Poliklinik Sembawang merupakan prasarana penting dalam penjagaan kesihatan bagi masyarakat Sembawang. Ketika ini, poliklinik terdekat terletak di Yishun, di mana masa menunggu untuk berjumpa doktor antara yang paling lama di Singapura.

Penjagaan kesihatan telah mengalami tekanan sejak pasca Covid-19, dengan banyak poliklinik sentiasa penuh dan sibuk.

Untuk memenuhi permintaan yang bertambah, Kementerian Kesihatan (MOH) merancang untuk membina lagi lapan poliklinik baru menjelang 2030.

Encik Ong berkata: “Banyak poliklinik sentiasa penuh, dan menangggung beban berat. Permintaan untuk jagaan kesihatan terus bertambah jadi kita akan terus tingkatkan kapasiti penjagaan utama, terutama dengan bermulanya SG Lebih Sihat, yang menjana permintaan lebih tinggi untuk penjagaan utama.”

Beliau berkata pelaksanaan “Healthier SG”, sebuah inisiatif nasional MOH yang bertujuan untuk mempromosikan penjagaan pencegahan yang murah dan mudah di kalangan masyarakat, telah meningkat permintaannya.

Encik Ong berkata kerjasama masyarakat dan sistem penjagaan kesihatan penting bagi kejayaan “Healthier SG”.

Terdapat dua inisiatif, “Sparks@Bukit Canberra” dan “ServiceSG@Bukit Canberra” yang boleh mencapai ke arah itu.

“Sparks@Bukit Canberra” adalah sebuah ruang terbuka dikelolakan oleh PA, di mana anggota masyarakat boleh berkumpul dan berinteraksi. Ia juga menawarkan peluang bagi sukarelawan untuk aktiviti membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kumpulan yang mudah terdedah kepada risiko.

Malah, inisiatif “ServiceSG@Bukit Canberra” adalah kerjasama antara PA dan Bahagian Perkhidmatan Awam, yang memberi penduduk akses kepada gerai digital “onePA”, di mana terdapat perkhidmatan seperti pelbagai kursus, aktiviti-aktiviti, kemudahan, kumpulan minat dan keanggotaan, serta kiosk pembayaran AXS, kiosk untuk mencari kerja, dan dua terminal komputer daripada “Citizen Connect Centre” (CCC).

CCC memudahkan penduduk menghubungi pihak pemerintah dalam talian. Bantuan diberikan kepada mereka yang tidak celik digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >