Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas lelaki 24 tahun disyaki terlibat dalam penipuan 'cinta' Internet

May 22, 2020 | 10:47 PM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan ‘cinta’ Internet.



Dalam kenyataanya hari ini (22 Mei), polis berkata pihaknya telah menerima laporan tentang kes tersebut kelmarin.



Menurut polis, seorang mangsa lelaki berusia 29 tahun telah berteman dengan penipu itu di platform media sosial dan menjalin hubungan dengan lelaki yang disangka mangsa seorang wanita.



Lelaki itu kemudian didakwa menipu mangsa dengan memintanya memindahkan wang lebih $8,000 dengan pelbagai alasan rekaan, seperti pembayaran balik pinjaman, bayaran perubatan dan membantu membayar hutang ibu bapa.



Melalui siasatan, pegawai Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya semalam.



Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan menipu.



Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan denda.

Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berteman dengan individu dalam talian.



Mereka juga harus berwaspada ketika mereka diminta untuk mengirim wang kepada orang yang tidak dikenali, atau tidak pernah bertemu sendiri sebelumnya.



Untuk maklumat lanjut mengenai kes penipuan, orang ramai boleh melayari laman scamalert.sg atau menghubungi talian hotline anti-penipuan di 1800-722-6688.



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >