Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis cari lelaki yang tinggalkan bayi di hospital dan larikan diri; ibu disyaki dera anak dan menyalahgunakan dadah.

Aug 26, 2019 | 01:10 PM



POLIS sedang mencari seorang lelaki yang melarikan diri dari Hospital Umum Singapura (SGH) selepas menyerahkan bayi perempuan berusia enam bulan, anak teman wanitanya, yang tidak sedarkan diri kepada seorang jururawat.



Menurut laporan Straits Times, polis dimaklumkan mengenai kes yang disyaki sebagai penderaan kanak-kanak di Hospital Besar Singapura (SGH) Sabtu lepas (24 Ogos) kira-kira pukul 1.40 petang.



Dengan segera, mereka melaksanakan pencarian di kawasan itu, lalu menghentikan kereta lelaki berusia 28 tahun itu di Jalan Bukit Merah ke arah Lower Delta Road, di mana dia melarikan diri dengan berjalan kaki. 



Peralatan yang disyaki berkaitan dengan kegiatan penyalahgunaan dadah didapati di dalam kereta.



Dua kenderaan rusuhan telah digunakan dalam operasi tersebut.



Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun, ibu pada bayi itu, kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dengan penyalahgunaan dadah serta penderaan kanak-kanak.



Mereka sedang mencari lelaki itu untuk membantu siasatan polis.



Bayi tersebut kini dijaga di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, KK, lapor Straits Times.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >