Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Polis keluarkan panduan menjelang Hari Penamaan Calon

Aug 20, 2023 | 04:39 PM



Calon dalam Pilihan Raya Presiden dan penyokong mereka diingatkan supaya tiba awal di pusat penamaan calon pada Selasa, 22 Ogos, iaitu Hari Penamaan Calon.

Dalam garis panduan yang dikeluarkan pada Ahad, polis berkata prosiding akan bermula pada 11 pagi di ibu pejabat Persatuan Rakyat di 9 King George’s Avenue. 

Mereka menasihati pihak yang berminat agar tiba hanya selepas 10 pagi, apabila pusat dibuka.

Penyokong dan orang awam diminta supaya menaiki pengangkutan awam ke tempat penamaan calon kerana hanya kenderaan dengan pelekat yang disahkan akan dibenarkan masuk dan meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan pusat.

Polis juga memberi amaran supaya tidak membawa barangan bahaya seperti objek tajam, cecair dan gas mudah bakar dengan menyatakan bahawa polis akan menjalankan pemeriksaan keselamatan di dalam dan sekitar pusat penamaan calon.

Beg dan barang lain mungkin juga dikenakan pemeriksaan keselamatan.

Penyokong diingatkan agar tidak membentangkan atau mempamerkan plakad, bendera atau kain rentang yang menyokong mana-mana calon di pusat penamaan calon sebelum prosiding penamaan calon ditutup.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan melaksanakan kawasan larangan sementara di ruang udara pusat penamaan calon dari 9 pagi hingga 1.30 petang pada Selasa.

Semasa tempoh ini, penerbangan pesawat tanpa pemandu seperti dron dan aktiviti udara lain adalah dilarang, melainkan dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Polis berkata mereka akan memantau keadaan dengan teliti dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bersikap tidak terkawal atau melakukan sebarang kesalahan di pusat penamaan calon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >