Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam kemuka permohonan sijil kelayakan

Aug 17, 2023 | 07:04 PM



Enam individu telah mengemukakan permohonan bagi sijil kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, menurut Jabatan Pilihan Raya dalam satu kenyataan Khamis.

Permohonan bagi sijil tersebut ditutup pada 5.30 petang Khamis.

Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) akan menilai permohonan itu dan mengumumkannya pada 21 Ogos, sebelum Hari Pencalonan.

Warga Singapura akan keluar mengundi pada 1 September untuk menentukan presiden kesembilan Singapura jika lebih dari satu individu layak bertanding.

Sementara itu, 16 permohonan diterima bagi sijil masyarakat.

Meskipun pilihan raya presiden kali ini tidak diperuntukkan bagi bangsa tertentu, calon masih perlu mendapatkan sijil masyarakat untuk menentukan bila Pilihan Raya yang Diperuntukkan akan berlangsung.

Sejauh ini, empat calon telah melahirkan keinginan bertanding: mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; ahli perniagaan, Encik George Goh, 63 tahun; mantan ketua pegawai pelaburan negara GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun.

Antara empat individu itu, hanya Encik Tharman yang layak bertanding secara automatik, memandangkan beliau memenuhi keperluan khidmat sektor awam melalui portfolio menterinya.

PEC mempunyai kuasa untuk membenarkan calon bertanding dalam pilihan raya jika ia mendapati mereka mempunyai pengalaman serta keupayaan yang serupa dengan individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Encik Ng, yang membuat permohonan menerusi laluan sektor awam, tidak memenuhi syarat yang menentukan individu yang ingin bertanding perlu memegang jawatan ketua eksekutif badan Fifth Schedule atau Jadual Kelima, merangkumi kededua lembaga berkanun dan syarikat pemerintah.

Encik Goh dan Encik Tan, yang membuat permohonan menerusi laluan sektor swasta, juga tidak pasti sama ada mereka layak bertanding.

Encik Tan layak bertanding sebelum ini dalam Pilihan Raya Presiden 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >