Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Lonjakan kes pancing data masuk Singpass

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



POLIS mendapati berlaku lonjakan membabitkan penipuan pancingan data yang menyasarkan mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan kelayakan log masuk Singpass mereka.



Polis berkongsi cara penipuan yang berlaku, di mana orang ramai akan menerima SMS dengan ID pengirim yang mengandungi persamaan dengan "Singpass".



Contoh (MySingpass, SGSingpass). SMS akan menunjukkan bahawa Singpass penerima akaun telah atau akan dinyahaktifkan, dan ia diperlukan untuk menjalankan pengesahan muka.



Penerima akan diminta supaya log masuk Singpass mereka melalui pautan web yang disediakan dalam SMS. Kemudian, apabila mangsa tekan pada pautan web, mangsa akan diarahkan ke Halaman web log masuk Singpass yang palsu, di mana mereka dikehendaki memasukkan ID dan kata laluan di laman tersebut.



Mangsa kemudian akan dibawa ke halaman 2FA di mana mereka akan disuruh masukkan Kata Laluan Satu Kali Singpass (OTP) mereka. Mangsa kemudian menyedari mereka ditipu apabila menerima makluman daripada Singpass bahawa profil mereka telah dikemas kini.



Dalam beberapa kes, mangsa akan dimaklumkan bahawa mereka telah mendaftar untuk akaun bank dan kad kredit.



Urus niaga tanpa kebenaran turut dicaj kepada kad kredit dalam beberapa kes.



Walaupun pihak berkuasa telah menurunkan laman-laman web pancingan data, kewaspadaan pengguna adalah penting dalam usaha pihak polis menentang penipuan yang semakin berkembang.



Pihak berkuasa memaklumkan orang ramai bahawa, Singpass tidak menghantar SMS yang mengandungi pautan web yang meminta anda log masuk dengan laluan dan OTP). Pengguna yang mengesyaki akaun Singpass mereka telah digodam, digesa mengubah semula kata laluan Singpass dengan segera.



Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mendedahkan butiran peribadi atau perbankan Internet dan OTP kepada sesiapa dan melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >