Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 230 orang disyak terlibat komplot tipu

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 230 orang sedang membantu polis dalam siasatan bagi 388 kes melibatkan termasuk kes penipuan cinta Internet dan e-dagang yang menyebabkan mangsa-mangsa kerugian lebih $2.9 juta.



Operasi penguatkuasaan selama dua minggu itu dijalankan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis.



Suspek, berusia antara 16 tahun dengan 66 tahun, terdiri daripada 151 lelaki dan 79 wanita.



Operasi itu berlangsung dari 19 Disember 2020 hingga 30 Disember 2020, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Polis menyatakan mereka yang disiasat itu disyaki terlibat dalam kes penipuan meliputi penipuan cinta Internet, e-dagang, peniruan di media sosial, wadah perjudian palsu dan penipuan pinjaman.



Menurut polis, suspek kini disiasat atas kesalahan menipu atau pengubahan wang haram.



Sesiapa didapati bersalah menipu di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Mereka yang didapati bersalah bagi pengubahan wang di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (Akta Rampasan Ganjaran) boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda hingga $500,000.



"Polis memandang serius terhadap orang yang mungkin terlibat dalan penipuan, dan pelaku akan ditangani mengikuti undang-undang," ujar polis.



Polis menasihati orang ramai bahawa mereka boleh mengelakkan diri daripada bersubahat dengan penjenayah dan menolak permintaan untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit mereka.



Jika tidak, mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya akaun bank atau talian telefon bimbit mereka digunakan bagi kegiatan yang didapati ada kaitan dengan urus niaga terlarang.



Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh mengunjungi laman www.scamalert.sg atau hubungi hotline antipenipuan di 1800722-6688.



Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kes penipuan boleh menghubungi talian polis 1800-255-0000 atau menghantar maklumat dalam talian menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >