Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Polis siasat data peribadi 800,000 penderma darah yang diakses tanpa izin dan mungkin dicuri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Polis siasat data peribadi 800,000 penderma darah yang diakses tanpa izin dan mungkin dicuri

Mar 30, 2019 | 02:32 PM

MAKLUMAT peribadi lebih 800,000 penderma darah di Singapura yang telah diletakkan dalam talian secara tidak sengaja selama tempoh dua bulan telah diakses tanpa izin dan mungkin dicuri. 

Demikian menurut vendor bebas Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang bertanggungjawab atas kesalahan tersebut hari ini. 

Pada mulanya, ia dikatakan telah diakses oleh seorang pakar keselamatan siber yang menemui kerentanan dalam talian itu. 

Namun, vendor bebas HSA Secur Solutions Group (SSG), berkata server tersebut turut diakses oleh beberapa alamat IP antara Oktober dan Mac tahun ini. 

Namun ia tidak menyatakan sama ada alamat tersebut tempatan atau dari luar negara. 

Pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi penderma darah dimuatnaik ke server itu sekitar Oktober tahun lalu. 

Maklumat ini termasuk nama, nombor kad pengenalan, jantina dan jumlah dermaan darah mereka yang pernah menderma atau mendaftar untuk menderma di Singapura sejak 1986.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3