Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kes pemandu amuk di jalan raya, paksa buka pintu kenderaan lain

Jun 14, 2023 | 05:58 PM



Polis sedang menyiasat satu insiden pertelingkahan di jalan raya yang berlaku di Jalan Bahagia pada 29 Mei.

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Facebook, SG Road Vigilante pada 12 Jun, seorang pemandu kereta Volkswagen Touran dilihat keluar dari kenderaannya selepas berhenti di tengah jalan dan cuba secara paksa untuk membuka pintu satu lagi kenderaan yang berada di belakangnya.

Video itu menunjukkan lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati terhadap pemandu kenderaan di belakang kerana pemandu tersebut telah cuba memotong jalan di laluannya apabila mereka menghampiri satu kawasan di jalan raya yang sedang dinaik taraf.

Dalam video itu, pemandu Volkswagen itu dilihat cuba memaksa buka pintu kenderaan terbabit berulang kali, sebelum menghentak tangannya di tingkap pintu di bahagian pemandu sambil menjerit dan mengamuk.

Namun dalam video yang sama itu, ada rakaman yang menunjukkan sebuah Volkswagen Touran yang mempunyai nombor plat serupa, memotong jalan secara bahaya, melalui depan sebuah kereta polis di Lebuhraya Rentas Pulau (PIE) pada September 2022.

Kenderaan polis itu kelihatan tergoncang kerana menekan brek secara serta merta demi mengelak daripada melanggar Volkswagen itu.

Siasatan berkaitan kejadian itu turut dijalankan, kata polis, lapor The New Paper.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >