Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa tiga anak meninggal dunia dalam nahas motosikal di Thailand

Jun 13, 2023 | 01:38 PM



Hajat Allahyarham Mohamed Reza Abdul Rashid untuk menamatkan cabaran Iron Butt SaddleSore untuk kali keempat – yang mana penunggang motosikal harus melengkapkan perjalanan sejauh 1,600 kilometer dalam tempoh 24 jam – berakhir dengan tragedi.


Penunggang motosikal warga Singapura berusia 43 tahun yang gemar melakukan perjalanan jarak jauh itu maut dalam satu kemalangan yang difahamkan berlaku di wilayah Phatthalung, selatan Thailand.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh isteri arwah, Cik Huda Lajam, beliau mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.







Beliau berkata arwah suaminya seorang yang “menyayangi anak-anaknya” dan gemar mengembara.

Daripada profil yang dinyatakan di laman web peribadi arwah iaitu RedBaronDiaries yang merakam pengembaraannya, Allahyarham Reza meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak – dua putera dan satu puteri.


Laman tersebut menambah, beliau merupakan guru latihan jasmani dan telah memperoleh lesen motosikal sejak 1997.

Menerusi satu lagi hantaran di Facebook pada 11 Jun lalu, Allahyarham yang dikenali sebagai Red Baron, menyatakan bahawa beliau berjaya menamatkan cabaran itu pada 2012, 2014 dan 2017.

Arwah dilihat menunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati, Multistrada V4S Sport Performance daripada gambar yang dimuat naiknya bagi perjalanan kali ini.







Beliau melakukan perjalananan dari Singapura ke Thailand bersama seorang lagi penunggang motosikal secara berasingan, yang dikenali di Facebook sebagai Amm MdNor.


Berita Harian (BH) sedang mendapatkan kepastian berkenaan keadaan rakannya.


Hantaran susulan oleh Allahyarham menyatakan, kedua-dua penunggang memulakan perjalanan dari Singapura pada malam 11 Jun, melalui gambar resit yang dimuat naik di Facebooknya.

Arwah dan rakannya kemudian merentasi Thailand dari Malaysia melalui Sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao pada pagi Isnin sebelum melanjutkan perjalanan ke arah utara.

Dalam beberapa hantaran awalnya, Allahyarham difahamkan baru sahaja pulang dari bercuti bersama keluarganya di Malaysia bagi cuti musim sekolah sebelum berlepas untuk cabaran Iron Butt SaddleSore.


Arwah pernah ditemu ramah oleh BH pada Januari 2016 kerana kerja-kerja amal yang dilakukan semasa beliau mengetuai rombongan penunggang motosikal ke pelbagai negara.


Pada 12 hingga 27 Disember 2015, kumpulan yang diketuainya telah menunggang motor ke Laos bagi menyampaikan dana yang telah dikumpulkan iaitu sebanyak AS$1,000 ($1,342) kepada pertubuhan Mines Action Group (MAG) – yang bermatlamat menghapuskan jerangkap samar dan membantu pembinaan semula kehidupan masyarakat di sana.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan BH, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan MFA melalui Kedutaan Singapura di Bangkok telah menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga Allahyarham Reza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >