Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat pelajar NTU kerana beri maklumat palsu

Dec 15, 2019 | 02:11 PM



SEORANG pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berusia 19 tahun sedang disiasat kerana memberi polis maklumat palsu.



Ini selepas polis dimaklumkan tentang satu kejadian serangan di kampus NTU.



Menerusi satu kenyataan hari ini (15 Disember), polis berkata siasatan mereka mendedahkan bahawa pelajar itu telah memberi maklumat palsu kepada polis dan serangan itu tidak berlaku.



“Polis ingin menggesa orang awam untuk tidak memberi komen atau spekulasi tentang kes itu untuk mengelak daripada menimbulkan rasa cemas yang tidak diperlukan,” kata polis.





Jurucakap NTU berkata universiti itu juga sedang membantu polis dengan siasatan, lapor akhbar The Straits Times.



“Polis berada di kampus NTU malam tadi menyusuli dakwaan berlakunya serangan ke atas seorang pelajar wanita NTU di kampus.



“Kami ingin meyakinkan masyarakat NTU bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka di kampus.



“Pihak universiti sedang berusaha mendekati pelajar yang terjejas untuk memberi mereka jagaan dan sokongan yang diperlukan daripada pasukan penjagaan pastoral universiti,” ujarnya.



Sebelum ini, kesatuan pelajar NTU telah menggesa pelajar di kampus untuk tidak keluar dari kamar mereka selepas terdapat dakwaan kes serangan di kampus itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >