Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat pergaduhan di padang bola sepak, dua cedera

Feb 19, 2019 | 02:54 PM



 





Polis sedang menyiasat pergaduhan yang berlaku antara dua pasukan bola sepak amatur pada Ahad (17 Feb).



Pergaduhan yang berlaku di padang bola sepak Sekolah Menengah East Spring itu menyebabkan dua pemain cedera dan dikejarkan ke hospital.



Satu video insiden itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan seorang pemain terlantar di padang dalam keadaan terkejut, dengan wajahnya berlumuran darah.



Pemain lain pula boleh dilihat bertengkar dan menolak satu satu sama lain dalam video 19 saat itu, dengan sekurang-kurangnya seorang invidiu menggunakan kata-kata kesat dan mencabar pemain lain bertumbuk dengannya.



Ada juga teriakan yang berkata pemain yang terlantar itu cedera kerana disondol pemain lain.



The New Paper, dalam laporannya, berkata pasukan yang terlibat itu merangkumi warga Singapura, Penduduk Tetap dan warga China.



Bercakap kepada Channel NewsAsia, pengadil bagi perlawanan itu - yang menganggotai Persatuan Pengadil Bola Sepak Singapura - berkata pergaduhan itu tercetus selepas seorang pemain diterajang secara akrobatik oleh pemain pasukan lawan semasa perlawanan berlangsung.



Jurucakap polis berkata polis diberitahu tentang kes yang berlaku di 30 Tampines Street 34 itu sekitar 5 petang.



Dua lelaki, berusia 34 tahun dan 39 tahun, dibawa, dalam keadaan sedarkan diri, ke Hospital Besar Changi.



Menurut TNP, lelaki berusia 34 tahun itu adalah seorang Penduduk Tetap, sementara lelaki berusia 39 tahun ialah warga China.



Padang itu disewa menerusi wadah ActiveSG, yang menguruskan beberapa kemudahan sukan di bawah Skim Dua-Penggunaan, termasuk padang di Sekolah Menengah East Spring itu.



Jurucakap Sport Singapore (SportSG), yang mengendalikan ActiveSG, berkata ia maklum tentang insiden itu.



“Ia mengecewakan, kerana sesuatu perlawanan yang diadakan untuk berseronok berakhir dengan pergaduhan,” kata beliau yang berkata pihaknya tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang berlangsung.



Bekas pemain bola sepak nasional Encik R. Sasikumar, 43 tahun, yang mengendalikan firma pemasaran sukan, berkata keganasan di padang bola sepak amatur telah  menunjukkan trend meningkat kebelakangan ini.



“Pemain yang terlibat akan menyesali tindakan mereka,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >