Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tangkap seorang lagi lelaki dalam kes 'Haji VIP'

Oct 06, 2018 | 05:30 AM



SEORANG lagi lelaki telah ditangkap berhubung kes penipuan 'Haji VIP', yang sebelum ini turut melibatkan pendakwah setempat Fahrorazi Sohoi.



Mengesahkan hal tersebut kepada Berita Harian semalam, polis berkata lelaki berusia 58 tahun itu kini membantu siasatan.



Namun, polis tidak memberitahu bila penangkapan itu dibuat sambil menambah bahawa siasatan diteruskan.



Semalam, kes membabitkan Fahrorazi, 47 tahun, didengar mahkamah sekali lagi. Kes ditangguh lagi hingga 30 Oktober ini.



Fahrorazi kali pertama didakwa di mahkamah pada 17 Ogos sebelum kes didengar lagi pada 24 Ogos lalu.



Ikat jamin sebanyak $10,000 yang diberikan kepada tertuduh juga dilanjutkan.



Fahrorazi dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan menipu individu bernama Encik Mohammad Farehan Mohammad Hussein.



Dia didakwa memperdaya Encik Mohammad Farehan hingga beliau percaya tertuduh boleh menunaikan 'Haji VIP' atas undangan Kedutaan Arab Saudi.



Ini menyebabkan Encik Mohammad Farehan memberikannya wang tunai sebanyak $1,550.



Ketika dihubungi Berita Harian, peguam Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos daripada firma I.R.B. Law LLP, berkata pihaknya tidak meminta kes tersebut ditangguh. Sebaliknya, penangguhan diminta pihak pendakwa.



"Kami tunggu pihak pendakwa memuktamadkan tuduhan sebelum kami mengambil tindakan susulan," kata Encik Mohamed Niroze.



Beliau menambah bahawa mereka menunggu laporan forensik ke atas telefon bimbit tertuduh sebelum meneruskan kes itu.



Berikutan kes 'Haji VIP' itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengesahkan bahawa Fahrorazi tidak lagi berada dalam daftar Skim Pendaftaran Asatizah (ARS).



Ini bermakna dia tidak dibenarkan mengajar agama di sini.



Polis sebelum ini berkata pihaknya merampas wang tunai sebanyak $196,950 serta beberapa pasport Singapura daripada tertuduh.



Jika sabit kesalahan, Fahrorazi boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >