Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis trafik henti pemandu bukan untuk saman tapi...

May 29, 2021 | 05:30 AM



JIKA anda sedang memandu dan diberhentikan Polis Trafik padahal anda tidak membuat apa-apa kesalahan, jangan panik.



Pegawai Polis Trafik itu barangkali bukan hendak memberi saman, tetapi hadiah kepada pemandu yang telah memaparkan sikap memandu yang baik di jalan raya.



Malah, gambar pemandu ini akan diambil dan dimuat naik ke laman Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya. Pemandu akan menerima Pakej Jagaan Covid-19.



Program 'Kenal Pasti Pemandu Selamat' ini merupakan sebahagian daripada kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya Singapura, bermula semalam dan berlangsung hingga 27 Jun ini.



Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Di bawah kempen itu juga, dua video telah diterbitkan untuk memupuk kesedaran tentang akibat buruk memandu laju dan melanggar lampu merah.



Video itu akan ditayangkan di pelbagai wadah media sosial serta di televisyen.



Berucap di pelancaran kempen itu yang dilancarkan di media sosial semalam, Dr Faishal berkata jalan raya di Singapura telah menjadi lebih selamat sejak beberapa tahun lalu.



Angka korban kemalangan trafik telah merosot 40 peratus daripada 193 pada 2010 kepada 118 pada 2019. Angka ini terus merosot kepada 85 pada 2020, meskipun ini sebahagiannya mungkin disebabkan situasi Covid-19, dengan kekurangan kenderaan di jalan raya.



"Peningkatan dalam keselamatan jalan raya ini disebabkan pendekatan tiga serampang dari segi pendidikan, pendekatan, dan penguatkuasaan yang diambil oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Polis Trafik, bersama pihak berkepentingan, termasuk Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC)," kata Dr Faishal.



MHA juga telah mengemas kini undang-undang untuk memastikan ia kekal relevan, dan baru-baru ini Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Trafik Jalan Raya Singapura untuk meningkatkan denda bagi perlumbaan haram, kesalahan berkaitan pemakaian topi keledar, dan kemarahan di jalan raya.



Polis Trafik juga telah meningkatkan penguatkuasaan dengan hampir 300 kamera trafik kini digunakan untuk mengesan dan mencegah pemandu daripada memandu laju dan melanggar lampu merah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >