Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal daftar haji Muis, MyHajSG, alami 'isu teknikal'

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



BERHASRAT membuat persiapan awal bagi menunaikan haji, Encik Ridzuan Azmi ingin mendaftar bagi slot haji buat diri dan isterinya pada 21 Februari, selepas pulang dari kerja sekitar 8 malam.



Namun, apabila beliau dan isterinya log masuk portal MyHajSG sekitar 7.50 malam, portal bagi pendaftaran haji dalam laman Majlis Ugama Islam (Muis) itu masih mengalami "isu teknikal".



Bagaimanapun, jurutera berusia 29 tahun itu memahami keadaan tersebut, dan berkata kepada Berita Harian menerusi WhatsApp bahawa gangguan teknikal atas sebab-sebab tertentu adalah sesuatu yang harus dijangka.



"Namun, saya kira mereka sepatutnya membuat penyediaan yang lebih lengkap terutamanya dalam isu pendaftaran haji ini," kata Encik Ridzuan.



"Sebabnya, ramai yang lebih prihatin tentang tempoh menunggu peluang menunaikan haji yang lama disebabkan kuota yang agak terhad yang ditetapkan untuk kita," tambahnya.



Pemeriksaan BH mendapati laman itu tidak boleh dilog masuk sejak tengah hari hari itu - hari pertama portal tersebut dibuka. Pendaftaran dibuka sejak 10 pagi.



Di laman itu, Muis berkata portal MyHajSG sedang mengalami isu teknikal bagi sistem pendaftaran hajinya.



"Kami mengharapkan kefahaman dan kesabaran anda terhadap isu ini sedang kami berusaha menyelesaikan isu ini, dan akan memberi kemas kini kepada orang ramai apabila sistem itu dapat disambung semula."



Kenyataan itu turut diterbit di laman Facebook Muis pada sekitar 12 tengah hari.



Menyusuli itu, beberapa pengguna Facebook mengeluarkan aduan bahawa insiden itu persis gangguan teknikal yang dihadapi jemaah apabila portal pendaftaran ruang solat jemaah dibuka buat kali pertama ketika pandemik.



Tetapi, ada juga orang yang memujuk pengguna supaya menunjuk sikap saling memahami.



BH telah menghubungi Muis untuk mendapatkan komen dan butiran perinci berkenaan isu itu.



Singapura diberi kuota 900 orang oleh kerajaan Arab Saudi pada Januari lalu bagi jemaah negara ini menunaikan haji pada 2023. Bilangan itu sama seperti pada 2022 dan sebelum pandemik Covid-19.



Pada 2022 pada awalnya Singapura diberi kuota 407 orang tetapi jumlah itu kemudian ditambah.



Pada 10 Februari, Muis berkata surat undangan akan dihantar kepada 900 bakal jemaah menerusi SMS dan e-mel.



Kuota itu adalah bagi mereka yang telah membuat pendaftaran sebelum ini dan memenuhi syarat bagi melaksanakan haji pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >