Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal tempahan Haji Muis mengalami gangguan teknikal

Feb 21, 2023 | 03:28 PM



PORTAL MyHaj, yang digunakan masyarakat Islam Singapura untuk mendaftar bagi haji, di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengalami masalah teknikal.



Pendaftaran bagi haji dibuka pada 10 pagi pada Selasa.



Sebelum ini, permohonan itu telah dihentikan selama lebih dua tahun susuli penularan Covid-19 yang telah mendorong penangguhan ibadah haji di peringkat global.



Melalui portal MyHajSG, pemohon boleh melihat status permohonan mereka, meminda butiran pendaftaran serta membuat pembayaran secara langsung, mengikut keselesaan mereka.



Ketika Berita Harian (BH) melungsuri laman web itu, ia menyatakan bahawa portal tersebut sedang mengalami masalah teknikal bagi sistem pendaftaran Haj.



"Kami memohon agar anda faham dan sabar mengenai hal ini sedang kami berusaha menyelesaikan isu ini, dan akan memberi kemaskini kepada anggota awam sebaik sahaja sistem sudah beroperasi," menurut laman web itu.



Muis juga memuat naik pos serupa di laman Facebooknya pada waktu tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >