Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden baru Pergas mahu bangun, perkasa asatizah

Presiden baru ingin bangun, perkasa asatizah agar dapat sebar ilmu, hikmah dengan lebih berkesan
Jun 26, 2023 | 07:09 PM



Presiden baru Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, ingin membangunkan dan memperkasa golongan asatizah agar mereka dapat menyebarkan ilmu dan hikmah kepada masyarakat luas dengan lebih berkesan.

Ini termasuk memberikan tumpuan kepada kebajikan asatizah, seperti peluang dan gaji pekerjaan, serta pembangunan profesional, kerohanian dan pembangunan intelek mereka.

Demikian dikongsi oleh Ustaz Tarmizi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mizi Wahid, dalam ucapannya yang disampaikan dalam bentuk video setelah dipilih sebagai presiden baru Pergas semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-64 persatuan itu pada Ahad.

Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, yang telah menyandang jawatan itu sejak 2002.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pergas turut merakamkan penghargaan kepada Ustaz Hasbi atas bimbingan dan kepimpinannya sebagai presiden.

“Di bawah bimbingannya, Pergas telah mencapai banyak kejayaan. Yang terkini termasuk pemakaian tudung buat pekerja penjagaan kesihatan, bantuan kewangan sebanyak $500,000 bagi asatizah yang terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik Covid-19, dan pemerolehan bangunan Pergas sendiri, Paradise@Pergas.

“Sumbangan Ustaz Mohamad Hasbi untuk masyarakat Islam dan negara adalah teladan. Ketabahan dan kecekalan beliau dalam memastikan Pergas kekal relevan tidak akan dilupakan,” tambah kenyataan itu.

Menurut Pergas, perbincangan sedang dijalankan untuk melantik Ustaz Hasbi bagi jawatan mantan presiden terkini. Senarai masyaikh atau penasihat mapan Pergas juga akan dikemas kini dan diumumkan kelak.

AGM pada Ahad itu menyaksikan pelantikan seramai 14 anggota ke Majlis Tertinggi Pergas (MTP) 2023-2025. Antara muka baru termasuk Ustaz Dr Firdaus Yahya, Ustaz Mohamad Nasrullah Refa’ie Mohamad Refa’ie dan Ustaz Muhammad Nuzaihan Hamdan.

Ketika dihubungi Berita Harian pada Isnin, Ustaz Mizi berkata beliau sedang dalam perjalanan ke Arafah untuk menunaikan ibadah haji.


Meskipun tidak dapat hadir AGM Pergas secara fizikal, beliau berharap dapat membina daripada usaha-usaha Pergas yang lama, dan memperkenalkan program-program baru untuk membawa Pergas, anggota-anggotanya dan asatizah ke tahap lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >