Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden berkecuali politik boleh satukan negara dengan lebih baik: Ng Kok Song

Jul 23, 2023 | 04:30 PM



Bakal calon presiden, Encik Ng Kok Song, yang telah berkhidmat selama 45 tahun dalam perkhidmatan awam, tidak risau warga Singapura akan menganggapnya sebagai mempunyai hubungan terlalu rapat dengan pemerintah.

Sebaliknya beliau berkata tidak pernah menjadi anggota mana-mana parti politik dan sifat berkecuali itu memberinya kedudukan yang lebih baik untuk membantu menyatukan negara. Ini termasuk menambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadapnya.

Encik Ng, 75 tahun, berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke Kuil Pusat Sikh di Towner Road pada Ahad.

Beliau juga telah mengadakan lawatan ke kuil Leong Nam di Sengkang pada hari yang sama.

Lawatan yang dibuat atas undangan pihak kuil Sikh itu merupakan kemunculan awam pertama Encik Ng selepas mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023 pada 19 Julai.

“Saya tidak bimbang orang menganggap saya sebagai calon pertubuhan. Saya amat berbangga dengan khidmat saya dalam perkhidmatan awam.

“Terdapat pandangan seseorang yang berkecimpung dalam perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada parti pemerintah. Ini salah.

“Terdapat perbezaan antara pertubuhan dengan parti pemerintah. Saya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik. Saya tidak pernah menjadi anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP),” kata Encik Kok, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) itu.

“Sebagai seseorang yang berkecuali daripada segi politik, saya berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membantu menyatukan negara kita supaya perbezaan pandangan, perbezaan fahaman politik kita tidak menjadi sumber perpecahan dan memecahbelahkan masyarakat kita,” tambahnya.

Encik Ng, merupakan individu ketiga yang mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan presiden. Dua lagi ialah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam dan usahawan, Encik George Goh.

Encik Ng bersara daripada GIC – dana kekayaan negara Singapura – pada 2013 selepas 27 tahun bersama pertubuhan itu. Beliau kini pengerusi eksekutif firma pelaburan Avanda Investment Management.

Encik Ng berkata beliau sedar ramai warga Singapura ingin melihat keseimbangan antara jawatan presiden dengan pemerintah.

“Keseimbangan ini boleh dicapai dengan lebih baik jika kita mempunyai presiden yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik,” katanya sambil menambah beliau berharap ia akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadapnya.

Ditanya sama ada beliau yakin beliau akan layak untuk bertanding untuk jawatan presiden, Encik Ng berkata beliau menyerahkan hal itu kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) untuk membuat keputusan.

“Kerja saya dalam perkhidmatan awam ada dalam rekod – 45 tahun di peringkat kanan. Tiga puluh tahun di GIC, di mana saya, selama enam tahun, merupakan ketua pegawai pelaburan kumpulan. Jadi saya rasa kelayakan itu setara dengan mereka yang layak secara automatik,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >