Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden China: Lawatan PM Lee papar keakraban hubungan dua hala

Sep 20, 2017 | 07:33 PM



LAWATAN Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke China memaparkan keakraban hubungan dua hala dan melambangkan persetujuan bersama dalam menyuburkan lagi hubungan Singapura dan China, kata Presiden China Xi Jinping hari ini (20 September).

Dalam ucapan pembukaan di permulaan pertemuannya dengan PM Lee, Encik Xi mengimbas pertemuan terakhir mereka pada Julai lalu di Hamburg menjelang Sidang Puncak Pemimpin Kumpulan 20 (G-20), di mana kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu.

Ini termasuk kepentingan menghargai asas kukuh dua hala hubungan yang dibina oleh pemimpin generasi terdahulu.

Kedua-dua pemimpin telah berjanji untuk meningkatkannya lagi dan terus menjalin hubungan itu agar mekar dengan cara yang teratur dan sihat.

"Pendek kata, saya percaya bahawa dalam bab sejarah yang baru ini, terdapat banyak peluang membina hubungan kita secara besar-besaran dan bermanfaat," kata Encik Xi.

PM Lee juga bersetuju bahawa kedua-dua pemimpin telah mengadakan pertemuan yang baik di Hamburg Julai lalu dan berkata beliau menghargai jemputan melawat China pada waktu yang sibuk ini, ketika China sedang bersiap untuk kongres parti ke-19.

PM Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Xi mengenai kejayaan Sidang Kemuncak Brics di Xiamen baru-baru ini dan berkata beliau berminat melawat Xiamen dalam lawatan ini kerana 26 tahun telah berlalu sejak beliau mengunjungi bandar di wilayah Fujian itu.

PM Lee dijadual ke Xiamen malam ini (20 September).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >